Showing posts with label thaqeef. Show all posts
Showing posts with label thaqeef. Show all posts

Monday, March 26, 2012

1 month 1 week 1 day

Anakanda tetap dalam ingatan kami :)

Wednesday, March 21, 2012

Tuesday, March 20, 2012

Tori & Rio


Assalammualaikum wbt.

Anakanda  Thaqeef, ni Umi nak bagitahu satu rahsia, Abi. Abi suka sangat kucing, kalau boleh nak tidur sekali dengan kucing. Umi pun suka. Suka sikit2 je sebab Umi tak rajin nak bersih2kan kucing ni. Gambar yang kat atas ni gambar kucing Abi. Comel tak? Comelkan Tori & Rio. Masa tu Abi baru balik dr UK, baru habis belajar dan Abi nak praktis jaga anak kucing sebelum jaga anak dara orang. Hehe.

Umi lupa nak bagitahu sayang. Umi dah apply membership TOYSRUS :) Boleh beli toys adik-adik Thaqeef dengan harga yang murah. Buat masa ni, Umi beli toys untuk Abg Faheem & Abg Panpan dulu.

Hari ni Umi ada last stage interview dengan 2nd line manager untuk MNC ofis sebelah Abi. Sayang doakan ye. Umi nak prepare apa yang patut :)

Saturday, March 10, 2012

3 weeks

Assalammualaikum anakanda. Dah 3 minggu sayang berada di alam sana. Umi rindu, tapi Umi tak bimbang sebab Allah swt tolong jagakan sayang untuk Umi. Terima kasih, Ya Allah.

Umi dan Abi dah berpindah dari Damansara Perdana. Sekarang Umi dan Abi di rumah Wan sementara nak tunggu rumah di Kota Damansara tu settle legal documentation.Terlalu banyak kenangan sayang di rumah tu. Umi sedih sangat, Abi pun sama. Sekurang-kurangnya ada cousins Thaqeef kat sini, Kakak Yaya & Abang Daniel. Happy Umi cerita-cerita dengan diorang. Kakak farah & Abang Farhan pun ada petang2 lepas habis sekolah. Abang Faheem & Abang Panpan balik time weekend, sempat Umi nak manja2 :)

Sayang, walaupun dah 3 minggu sayang pergi dalam perut Umi, ingatan dan kasih sayang kami akan kekal sampai bila2. Kadang2, Umi teringat balik memori sayang dalam perut Umi ni. Sayang ikut Umi pergi keje, pergi warehouse sales, pergi dating dengan Abi, pergi makan2. Indahnya waktu tu. One happy little family, kan?

Sayang, doakan Umi cemerlang masa interview Isnin ni ye. Umi nak join MNC tu jugak, Umi rasa nilah kenangan dan rezeki yang Allah bagi masa Umi pregnantkan sayang. Mana boleh Umi tolak, melainkan Allah Swt tak izinkan. Umi bersyukur :)

Abi Long ada pesan pada Umi, always remember Allah swt bagi ujian dan cabaran ni sebab Dia tahu kami mampu untuk menghadapinya dan ini akan menjadikan Umi dan Abi lebih kuat. InsyaAllah :)

Jaga diri sayang.

~Umi

Wednesday, February 22, 2012

Thaqeef Bin Thaha

Assalammualaikum wbt

Umi rindu sangat sayang. Nasib baik Abi simpankan ultrasound anak umi yang hensem ni. Posing sakan ;)