Tuesday, December 17, 2013

Bring it on

1 week?

1 month?

1 year pun boleh.

Movie days

Perasan tak, DAYS? Hari2 tengok movie yang dok tayang kat tv2.Well, kalau dah tgk dgn the sisters mulalah bagi komen tak rasmi. so sambil mengepam tgk tv.

so yesterday kami tengok cerita something borrowed. Best sgt sampai dah jatuh cinta kat hero walaupun agak tak reti nak buat keputusan. hehe. 6 bintang! extra satu sebab handsome..heuheu

Monday, December 16, 2013

Motherhood

Well, menjadi ibu sangat challenging and luckily mama and my sisters banyak membantu. Not enough sleep sebab Cik Tasneem bangun malam2.Baby biasalah tu. Perut kecil minta susu. So far she drinks her susu ibu guna botol. Oklah daripada takde langsung. Tengah train lagi anak gadisku ini.

Thats her jejari lepas potong kuku :)

Sunday, December 15, 2013

Hampeh

Kau treat aku sampah, aku treat kau macam sampah juga. Nasib baik aku dah fikir cara-cara nak recycle. 

Ohoi bos, jangan ingat aku senang kena buli sebab aku anak yatim. 


Tas

I'm not talking about my daughter.

Walaupun namanya TASneem.

Tas ni tas tangan.

Asyiklah shopping tetingkap secara maya.

Ohoi, nafsu sembilan. Akal 1 cinonet.

Tapi bila nak beli dan klik order, selalu fikir tak jadi. Klik button [X].

Dah jadi mak, takdelah fikir nak henjoy je.

Tapi aku nak bagi hadiah kat diri sendiri sebab berjaya lahirkan anak. Saludos kat diri sendiri sebab dah ada sepasang anak.

Satu achievement sebab dah lepas morning sickness, kejadian pitam-mitam, ni projek mengurus dah tiba. Aku target dalam setahaun nak turun berat ideal masa zaman anak dara.

Senang sikit nak beli baju, bergaya pergi court. Skirt ketat. Haha.

Lepas pantang, nak settlekan banyak benda nak pergi saloon, spa, and etc.

Nak gain balik confidence yang dah hilang almost 2-3 years ni.

Err, I need good motivation.

Senang dapat

Senang tak menghargai.

Contohnya aku suka makan kuih, dan selalu beli kat kedai depan rumah. Tapi yang dok rasa sedapnya kuih dekat Langkawi. Kenapa lebih sedap kuih yang jauh-jauh, sedangkan kat depan mata ni lebih menyelerakan? Kalau kuih kat Langkawi kena naik flight. 

Jawapannya, sebab senang dapat. So tak menghargailah kuih yang ternyata dah 20 tahun aku asyik beli kuih di kedai yang sama sebab kedai depan rumah. Jalan kaki pun sampai.

Kalau Makcik kedai kuih tak buka mulalah kecewa sebab tak dapat makan kuih yang best tu.

Jangan sampai makcik kedai dah takde baru nak sedar-nangis-nangis.


Thursday, December 12, 2013

Leadership

Good ship sebab good captain.

Aye Aye Captain!

Spongebob Squarepants

Tuesday, December 10, 2013

+

Positif.

So, if you are (-).

Bye.

Sebab!

I will be super Positive.



Wednesday, November 20, 2013

Ummi

Alhamdulillah.

Saya dah jadi ummi/mama/ibu/mommy/etc.

Syukur rasanya after 9 months 10 days of journey, saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Jujurnya, pengalaman lalu menyebabkan saya sangat berhati- hati. Yelah, lama juga Allah nak izinkan untuk dapat rezeki anak. After Arwah Ayah  meninggal, Its a m*ss because I need to pretend I'm okay. Suddenly almost fainted. Agak lama juga tert*kan. I miss Ayah. As his daughter, I didnt do much to make him proud. Rasanyalah, sebab memang approach Ayah dan Mama untuk tak memuji anak-anaknya. 

So, after tonnes of  pregnancy test and hundred of ringgit. I got the [+]. I was in tears, subuh-subuh tu. Happy! But the next day I was bleeding. Punyalah cuak. I need to thanks my friends in RESD department. Sangat-sangat supportive, including my team leader. Terus pergi hospital PUSRAWI Kota Damansara.
Since, Dr Z was the one yang confirmkan I lost my son, back in 2012 ; I decided not to trust his opinion. Katanya nampak sac je. Tak nampak my 5 weeks fetus. Finally, my colleague suggest untuk pergi DDMC, Dr Kamal, a specialist and I recommend him as your O&G if you are high risk pregnant mother.

My first trimester was like roller coaster. Pening dan muntah. Uwek! Nak makan je muntah. Sampai dehydrated bagai.Warded sebab dah muntah lebih 20 kali dalam sehari. Well, takde bezanya masa pregnantkan Thaqeef. So I can make a conclusion, each and every pregnancy akan jadi gini.

Friday, November 15, 2013

Our bundle of joy

Assallammualaikum wbt,
Tasneem 

9 November 2013

Tuesday, November 5, 2013

Hikmah

Assalammualaikum wbt,

Salam Maal Hijrah.

Tahun baru 1435H.

Its been a wonderful year I must say. 



Sunday, November 3, 2013

Cuti

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah. Its November! Cepatnya masa berlalu.

I'm entering my 37 weeks of pregnancy dan sekarang bercuti awal supaya boleh rehat di rumah. Yes,I'm on leave.


  1. Cuti untuk kes Mahkamah. Yes, no more balik lewat pagi.
  2. Cuti untuk drive ke ofis. 
  3. Cuti dan bebas sekejap dari bos.


Best duduk rumah rupanya. Tengok TV, masuk contest, masak-masak, tengok movies, chores yang mana mampu.

Now, its time to read. 

Tapi  tak-best-kalau-poket-tak-penuh-untuk-shopping. Kan?

Alhamdulillah, yang penting cukup dan berkat.



Saturday, May 18, 2013

Post PRU 13

Dah hilang tanda biru, baru nak post pasal PRU 13.

Ok. Memang retro.

A simple comment;

Untuk beri komen saya perlu tahu baca Perlembagaan Persekutuan,

DAN

paling penting selalu baca Al-Quran.

It will make =

Good check and balance, ehem Government. Regardless kanan atau kiri.

Kalau setakat baca dari apa yang dishare di Facebook, 

Kasihan dengan diri sendiri sebab tak tahu cari maklumat dengan sah dan tepat.

I'm glad that I can share all the hansards with Mr Husband about Hudud.

I can see all the lies.

Kebenaran juga.

Tak kata yang kanan selalu betul.

Tak kata juga yang kiri sentiasa salah.

Again, saya sayang Malaysia.

Apa yang penting; bila yang kanan nak buat apa2, akan tengok kiri dulu.

Pemenangnya the rakyats.


Monday, May 13, 2013

Selamat Hari Ibu

12th May 2013.

Dear Anakanda Thaqeef,

Hari ini hari Ibu.

Ummi tertunggu2 Abi nak wish pada Ummi. Macam hampir nak merajuk sebenarnya.

Tapi...

Pagi2 lagi Abi dah bawa Ummi balik Ampang untuk makan nasi lemak (yang hanya Ummi boleh makan).

Abi pergi cuci kereta.

Abi ajak shopping. Hehe, Ummi yang ajak sebenarnya. Tapi Abi yang bayar.

Abi lipatkan baju.

Abi basuh baju Ummi.

Abi basuh pinggan.

Abi belikan makanan.

Yang paling sweet Abi repairkan handbag Ummi. Abi jahit sendiri. Dasyatkan?

Abi gosokkan baju kerja Ummi.

Abi kata, Abi tak ucap Selamat Hari Ibu.

Rupa-rupanya, Abi nak Ummi bermanja2 pada hari Ibu.

Thank you Abi :)
(sila jangan mambang-kembang)

Friday, May 3, 2013

Mukamasa

= Facetime.

Okay, I'm so ketinggalan bila semua orang pakai iPhone.

Asyiklah berfacetime.

Mama pun sama, currently iPhone 5 user too.

Saya ada Chatime.

Okay apa...


Thursday, May 2, 2013

Unite

Bukan United yang itu.

Unitelah

Define:
Verb
  1. Come or bring together for a common purpose or action:


Bersatu pesan Ayah.

I still remember that.

Alhamdulillah. 

The siblings pun mudah bagi kerjasama.

i.e : 

1.Makan-makan @ T's crib.

- The 30s sponsor lauk2. 

- Mama masak nasi.

- Saya prepare pinggan.

- Encik Suami buat air.

- The Adik bagi her nephew makan.

= Teamwork :)


2. All of us decided to send my 17 y.o. sister to Japan, InsyaAllah this upcoming December 2013.

- Yang sulung isi borang & create ayats.

- No. 2 + The Hubby hantar borang, sponsor application fee and etc.

- Ketiga; tukang drive Mama bawak jumpa si si Manis 17.

-Yang bongsu tukang print Borang.

Alhamdulillah. 


We try to help each other. Dikala susah dan senang.

Yang senang kita sayang. Yang kurang senang kita tolong untuk push dia jadi senang jugak!

Saturday, April 20, 2013

Pelajaran hari ini

Mula2 tak faham...

Kerana pulut, santan biasa.
Kerana mulut, badan binasa.


Thursday, April 18, 2013

macam-macam nak

Nak bercuti.

Well i still remember, Ayah akan bawak kami jalan2 setiap kali cuti sekolah. Oh I miss u Ayah.

Last time bercuti bulan 12 haritu di Penang, tidur sebelah Hotel Hard Rock for FREE. Courtesy of Hub's friend yg keje di bank negara. Ohoi, RM8 semalam untuk 3 bedrooms apartment. Of course kami tak bayar apa2. But we bought breakfast for them. Orang berbudi kita berbahasa.

Love beaches.

I like langkawi Taj Hotel, the private island. Hehe, honeymoon baby ;)

I love Krabi. MINUS the food.

I love Penang too.

Start saving now.

Jadikah Mei ini?

Wednesday, April 17, 2013

like like like

Fresh juices i.e. Orange, tembikai.

Guava.

Sambal ikan bilis mama :)

Thank you Along and BIL tolong hantarkan :)

Friday, April 12, 2013

How I Met Your Abi (Year 2)

(Entri ini sepatutnya dipost pada 26 Mac 2013. Namun disebabkan oleh hormon yang menjadi-jadi dan Ummi merajuk, Ummi simpan sebagai draft sahaja, hehe)

Assalammualaikum wbt,

Anakanda Thaqeef, apa khabar anakanada di 'alam' sana? Ummi yakin Atuk tolong jagakan sayang di sana. Hari ini (26 Mac 2013) genap usia perkahwinan Umi dan Abi yang ke 2 tahun. Cepat rasanya masa berlalu. Cepat juga Umi kehilangan seorang Ayah yang juga seorang wali yang menikahkan Ummi dan Abi. Lupa untuk Ummi beritahu, pada Disember 2012, beberapa hari sebelum pemergian Atuk, Atuk pernah bercerita dengan Auntie Fiza yang Atuk mimpi pernah bermain dengan seorang budak lelaki. Pastinya bukan Abang Faheem, sebab Atuk kenal perangai dan rupa Abang Faheem. Jauh di sudut hati Ummi berkata, mungkin anakanda yang muncul dalam mimpi Atuk.

Sayang, Ummi sebenarnya nak sambung cerita bagaimana perkenalan Abi dan Ummi. Tahun lepas, Ummi sempat post " How I Met Your Abi " sekarang ni Ummi nak cerita lagi.Tapi kali ini untuk musim yang kedua.

1998

Tahun 1998 merupakan tahun Ummi Dan Abi mengambil peperiksaan UPSR. Walaupun berlainan kelas, perkaitan Ummi dan Abi tetap ada. Masih ingat lagi Ummi ceritakan Abi juga seorang pustakawan? Ummi pun sama. Cuma Abi lebih berpangkat dan dilantik untuk menjadi Ketua Pustakawan. Setelah bertunang, baru Ummi tahu, Abi adalah Ketua Ummi. Siapa sangka, tahun 1998, Ummi kena 'patuh' pada Abi yang akhirnya menjadi suami Ummi. Kami masih ingat lagi, kami dipaksa rela untuk menjual akhbar DIDIK terbitan Berita Harian. Tapi Ummi malas nak menjual, maka Ummi paksa Atuk beli semua newspapers yang perlu dijual. Hehe. Kecil-kecil dah tahu macam mana nak jadi lawyer. (RM0.60 x 10 keping = RM6.00)



Anakanda,

Satu lagi yang anakanda perlu tahu pasal Abi ialah minat Abi tentang bola sepak.Ummi tak tahu yang Abi minat bola masa sekolah rendah lagi. Mula-mula minat Selangor, lepas tu tukar Manchester United.
(Errr, habis duit Ummi beli jersey untuk Abi setiap tahun) Nota kaki: Abi sila belanja Ummi pulak lepas ni.

Abi, di sebelah kanan cikgu. (Putih melepak walau disinari mentari,ehek :P)


Masa Umi mula-mula kenal Abi pun, Ummi tackle Abi tanya pasal bola. Hehe. Umi tak faham kenapa orang nak rebut bola yang satu tu. Hairan.

First year perkahwinan kami, Ummi cuba nak stay up teman Abi tengok bola. Masa law school dulu, Ummi selalu tidur pukul 3, lepas kahwin, Ummi akan tidur pukul 11.Abi still ada stamina untuk stay up sampai pukul 3 sebab nak tengok EPL. Tapi bila Abi dah over dose dengan bola, Umi ala-ala give up dan bagi komen seperti yang berikut...

"Apalah Ferguson ni, tak reti nak susun player"

Abi akan pandang Ummi dan ajuk balik...

"Ferguson tu, Ferguson ni.." Bla.. Bla.. Ummi dah tak dengar apa Abi nak bagi hujahan.

Kadang-kadang Ummi tengok jugak bola, bukan sebab nak ambil hati Abi, tapi nak tengok team yang lawan dengan Manchester United. Tapi paling horror kalau Ummi tersalah cakap dan dijadikan bahan gelak ketawa Abi untuk seketika.

"Er, kenapa judge tu tak nampak apa player tu buat"
(Ini adalah kesilapan yang tidak boleh control)

Okay, sepatutnya referee dan bukannya judge. Judge hanya di mahkamah.

Satu yang Ummi perasan, Sabtu bukan lagi masa untuk Ummi tengok TV. Remote dipegang oleh Abi yang sangat tak nak layan Ummi. Terpaksa cari hobi. If Ummi datang rumah Auntie Fiza di Setia Alam, boleh borak-borak sister talklah kononnya. All the boys, Abi, Uncle Indra, and Bapak sangat kipas-susah-mati Man U akan tengok bola kat living room. Abang Faheem adalah next in line untuk join mereka. Ummi yakin, Abi akan train anakanda jadi supporter Man U.

2011

Tahun yang menggembirakan buat Abi dan Ummi. Berkahwin dan honeymoon satu Malaysia i.e: PD, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka,Langkawi, Kedah, Kuantan, Pahang, Johor Baharu, Johor (hampir-hampir nak ke Singapore).

My career was not so good at that time. Mencabar jadi pelatih dalam kamar di firm yang tak best. doing General litigation, bukan boleh assist lawyer sangat pun. paling-paling pun buat JID. Tapi Atuk selalu pesan untuk bersyukur dengan apa yang kita ada.

Julai 2011 Ummi dipanggil untuk peperiksaan PTD. Okay, yang ini Ummi kurang berjaya kerana seksyen Matematik. Takde calculator. Macam mana nak kira? Ummi pun salah jugak sebab bila nak buat latihan math, Ummi hafal jalan kerja yang Abi buatkan. Hehe. Of course lah tak berjaya.

Dapat pulak interview penguatkuasa Kastam, lagilah Ummi tak pergi sebab gerenti ada kawad-mawad. Kiri, Kiri kanan kiri. Tak mahu!

Kami pindah di Damansara Perdana. Seronok! Seronok sebab masa nilah Ummi dan Abi get to know each other dengan privacynya. Maklumlah, bercinta lepas kahwin. Tengok wayang, shopping, kebanyakkannya shopping tetingkap ajelah. Hehe.

2012

Bermulanya episod kesedihan kami. Apabila anakanda berpindah ke 'alam' sana. Ummi kuat sebab orang disekeliling Ummi banyak bagi sokongan. Ummi dan Abi buat keputusan untuk pindah ke rumah Wan dan Atuk di Tasik Permai.

Sedih, tapi Ummi cuba bina kekuatan untuk start hidup semula. New career. Bukan sebagai peguam, sebab Ummi serik berkerja di firma guaman. Client asyik call untuk minta cepatkan proses jual beli rumah, yang kadang-kadang susah nak bagi mereka ni faham prosedur dan sebagainya.

MNC company call for interview, tapi takde rezeki, walaupun sebenarnya memang dah final stage untuk Ummi terima offer. Again, Allah SWT sahaja yang tahu. Ummi dapat rezeki berkerja di Putrajaya. Harapan Atuk sebenarnya. Nak tengok Ummi kerja dengan jabatan kerajaan sebab secure. Atuk selalu cakap dengan puteri-puterinya seramai 4 orang ini..

"Kalau anak Ayah ramai lelaki, Ayah akan suruh kerja private untuk career path yang lebih maju, tapi anak-anak ayah ramai perempuan, Ayah kalau boleh nak anak-anak perempuan Ayah kerja dengan government, senang sebab ada pencen"

Atuk berfikiran jauh. Alhamdulillah, setakat ini, hanya Uncle Ajib dan Abi sahaja yang berkerja dengan private sector.

November 2012, kami pindah ke Kota Damansara. Rumah yang Abi belikan untuk Ummi tinggal. Rumah Ummi, Ummi belum beli lagi. InsyaAllah, kalau ada rezeki :)

Disember 2012, Ummi dan Abi dijemput menghadiri Majlis perkahwinan Uncle Hamid di Jitra.(Oh, Uncle Hamid adalah salah seorang kawan Abi semasa sama-sama belajar di kolej dulu, dan Uncle Hamid dah jemput Abi untuk jadi one of his best(men), ramai okay bestmen, dalam 10 orang, bukan seorang. Menariknya, Abi dan Umi dijemput untuk makan bersama pengantin di meja beradap. Bertuah tapi dalam masa yang sama kami malu sebenarnya. Hehe.

Penghujung tahun 2012, selepas raya, kesihatan Atuk semakin merosot. Kami semua bimbang. Cuti Ummi dihabiskan untuk menemani Atuk. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Ummi dah bersedia dari segi fizikal dan secara mentalnya Ummi tak pasti.

2013

10 Januari 2013, Ummi kehilangan Atuk. Sedih. Tapi Ummi bersyukur sebab Ummi dah cuba untuk jadi anak yang menbanggakan Ayahnya. Walaupun bukanlah yang terbaik, tapi Ummi tahu, Atuk seronok sebab Abi ada untuk menjaga Ummi.

Abang,Terima kasih sebab...menjadi imam untuk makmumnya,menjadi ustaz untuk menegur bacaan (tajwid) anak didiknya,menjadi pemberi nafkah untuk isterinya,menjadi anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya,menjadi menantu yang baik untuk mertuanya,menjadi pengajar syahadah sewaktu my Ayah menanti sakaratul mautnya,menjadi imam ketika solat jenazah Ayah mertuanya,menjadi penyabar kerenah isterinya,menjadi pendengar yang setia,menjadi pelindung yang hensem, hehemenjadi kekasih hati saya, danmenjadi bapa kepada anak-anak kita :)I love you dunia dan akhirat. 
T & R 2013 

Thursday, March 14, 2013

Tema Minggu ini ialah Ikan

Ikan merah :)
 & Sambal belacan

Kas-kas

Monday, February 25, 2013

Rules




We have this rules,
He will masak nasi.
I will masak lauk.

But this is not applicable if;
I have meeting dan balik lambat.

So, the husband masak...

Lauk jugak.

Err. Telur dadar dan ayam masak... Paprik? Thehee.

Ayam masak kuah sambal by chef T.

Tq Chef ;)

Saturday, February 9, 2013

Ilmu

Sambung belajar...

Green light dah dapat.

There goes my Sabtu-day for this upcoming March.

Doakan2 :)

Wednesday, February 6, 2013

Speechless

Isteri mengaji.

Suami tegur tajwid/bacaan.

Istiqamah kata dia.

Diri terharu.

Terus terdiam.

Dipuji bacaan lebih baik dari semalam.

Monday, February 4, 2013

Numbers

5.5 in two week(s)

Another

(less) 11 to go in 4 week(s)

and another (less) 10 in 9 weeks ;)


Love Nest Part II


This is our current curtain. Simple, tak kena sangat tema sebab percuma dari Mama ( and Along)
(saja gelapkan rumah, hehe)

So, me and Encik Suami telah meng'survey' kain langsir untuk dijahit.

Kriteria daripada Encik Suami ialah; 
  1. Kain yang tak-lut-cahaya supaya senang untuk dia layan bola.
  2. Murah (penjimat hokayy, haha sebab dia yang kena keluar duit)
  3. Colour kena dengan tema modern kami.

Yang kelabu ni cantik, tapi ada colour hijau pulak :(

RM10. Haha :) Rambang mata.

Calon curtain master bedroom :)

Calon-calonnya ialah... jeng jeng jeng

Macam corak IKEA, but way cheaper than IKEA

Yang kelabu tu memang tak lut cahaya.
Tapi mahal sikit.

But I bought this table cloth for RM15 sahaja. for 1.8 meters kain.

Tersenyum sorang-sorang.

Now I know why women love shopping and designing rumah chantek2.
Ini buktinya; my sister is soooo crazy when it comes to design-mendesign

Man vs Woman

Man
VS
Woman
Channel  831 Astro ASSP  HD
Channel  727 Astro Food Network
Football; Manchester United
Apa saja kecuali bola; shopping
Duty: Masak Nasi, Basuh pinggan
Chores: Sidai baju = lipat baju
Duty: Masak lauk, lap meja, organize dapur
Chores: Basuh baju = lipat baju
Imam
Maths Lover
123456
Makmum
History Buff
ABCDEF
Driver/Decision Maker
Penjimat (kedekut)
Chef/ Manager
Pemurah (boros)
Accountant
Multi National Company (MNC)
Lawyer
Government Sector
Overseas Grad
Rasional
Listener
Orange
7 September
Seafood
Som Tam
Husband
Local Grad ;)
Emosional
Talker
Red / Black
12 November
Meat i.e lamb
Sambal Belacan
Wife




differences  3rd person singular present, plural of dif·fer·ence(Noun)

Noun

  1. A point or way in which people or things are not the same.
  2. The state or condition of being dissimilar or unlike.
 
We are NOT the same.

P/s: I love you.

Haha Jiwang.

Sunday, February 3, 2013

Bazaar 1001 Macam



Conventional but practical.
Less risk, less worry.

Bazaar 1001 Seribu Satu macam di Ofis.

Ambil kesempatan orang dapat gaji, dan boleh membeli.

Kami satu batch buat keputusan nak jual barang2 second hand.

Kedai kami satu batch.

Saya jual novel2 lama, yang memang dah tak baca. Beli masa zaman-zaman anak dara.

Lagipun nak kurangkan bawa barang di rumah baru.

Hehe.

Jangan pandang rendah, our booth jual LV original.

Tempting nak LV.

Nasib baik fikir dua 3 kali, kalau ikut nafsu, nak LV.



Tapi kena makan pasir sebulan. Gula pasir mungkin. Heuheu

(Sekarang dah boleh delete gambar ni dalam HP)

Amanah Saham Oksigen







Mungkin lebih tepat bukan berkebun tapi berpasu.
Hehe. Rumah kami takde tanah.
Tapi itu bukan alasan tak ada hobi.

Hobi berkebun saya dah lama ada.
Kalau boleh nak tanam durian dan pokok petai.
Berangan.
Nasib baik percuma.

Tanam rosemary dan mint.
Modal RM10.
Murah. Hehe.
Siram 2 kali sehari.
Suka.

Amanah Saham Oksigen ;)

Saturday, February 2, 2013

Berlalu




Cepatnya masa berlalu.
Rasanya baru semalam tahun 2012.
Buat saya tersedar, kita makin tua. Masa semakin cepat meninggalkan kita.

27 tahun.

10 tahun dahulu; 17 tahun masih di sekolah. Tahun 2003 mahu ambil SPM. Masih lagi macam kanak-kanak. Berborak dengan kawan, tengok wayang dsb. Tak kisah isu nak cari rezeki untuk keluarga, bayar komitmen.

Saya bertanya pada MIL last week.

" Mi, masa dulu-dulu, mi rasa cepat tak masa berlalu?"

Sebab selalu wonder, sekejap je dah hari Jumaat, dan sekejap juga dah hari Isnin.

Masa bersekolah rendah dulu, terasa masa sangat lambat nak hari Jumaat. Sekarang sekejap sangat.

Balas MIL,

"Mi pun rasa cepat."

MIL pendakwah bebas, selalu sahaja saya merujuk hal berkaitan agama pada beliau. Alhamdulillah, betapa saya bersyukur dikurniakan ibu bapa mertua yang ada pengetahuan agama.

Tahun ini, semakin tak percaya dah 27 tahun. Finally, saya ada satu uban. Orang kata sebab banyak berfikir. Haha. Yelah kot. Kena banyak membaca untuk tuntutan kerja.

Again, kami bertuah ada keluarga yang bagus2. BIL ada PHd, satu keluarga menjaga agama. Solat jaga, jemaah di masjid, aurat dititik beratkan.

Kalau kita kejar duit, duit akan lari.
Kalau kita kejar pangkat, pangkat akan menjatuhkan kita.

Lebih elok berjalan mencari duit, berkejar mencari akhirat.
Kalau ada pangkat, Allah swt perlu diingat.


8 hours in the office. Left: Hub's Office (Bandar Utama), Right: My office (Putrajaya)

Friday, February 1, 2013

Love Nest

2 Bulan duduk rumah sendiri, baru nak post blog.
Bwahaha. Lama bukan? Nak jadi pekasam dah...

Pre-design: Love Nest

Okay, pindah rumah tak murah.
Legal fees pun tak murah.
Stamp duty pun tak murah.
+/ - RM10k.

:(

Kesian orang macam kami nak beli rumah, bayar stamp duty dsb.

Keputusannya:

Adopt amalan berjimat cermat.

No renovation.

Semua dah siap ada; grill, kitchen cabinet, barang-barang elektrik kami dapat masa hadiah kahwin dulu. Pakai semua yang ada; oven, kettle, pinggan mangkuk, cadar,tea set and etc.

Cara-cara berjimat cermat untuk rumah:
  1. Cat sendiri. (Panggil askar2 yang ada untuk tolong cat dan belanja dorang makan)
  2. Repair sendiri. Aisey, ini mencabar sikit. Mana yang boleh repair sendiri, buat terus. Beli dari kedai DIY.
  3. Panggil handymen MIL. Hehe. Ini lagi jimat. Siap pasang lampu.


Pilih colour yang betul 'sejuk'.

DIY store :)

Mencari idea-idea

Yeay, tema moden ;)

Cerita ditangguhkan...

Monday, January 28, 2013

So Soon, Ayah

"So Soon" by Maher Zain

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around [x2]
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon