Saturday, February 2, 2013

Berlalu




Cepatnya masa berlalu.
Rasanya baru semalam tahun 2012.
Buat saya tersedar, kita makin tua. Masa semakin cepat meninggalkan kita.

27 tahun.

10 tahun dahulu; 17 tahun masih di sekolah. Tahun 2003 mahu ambil SPM. Masih lagi macam kanak-kanak. Berborak dengan kawan, tengok wayang dsb. Tak kisah isu nak cari rezeki untuk keluarga, bayar komitmen.

Saya bertanya pada MIL last week.

" Mi, masa dulu-dulu, mi rasa cepat tak masa berlalu?"

Sebab selalu wonder, sekejap je dah hari Jumaat, dan sekejap juga dah hari Isnin.

Masa bersekolah rendah dulu, terasa masa sangat lambat nak hari Jumaat. Sekarang sekejap sangat.

Balas MIL,

"Mi pun rasa cepat."

MIL pendakwah bebas, selalu sahaja saya merujuk hal berkaitan agama pada beliau. Alhamdulillah, betapa saya bersyukur dikurniakan ibu bapa mertua yang ada pengetahuan agama.

Tahun ini, semakin tak percaya dah 27 tahun. Finally, saya ada satu uban. Orang kata sebab banyak berfikir. Haha. Yelah kot. Kena banyak membaca untuk tuntutan kerja.

Again, kami bertuah ada keluarga yang bagus2. BIL ada PHd, satu keluarga menjaga agama. Solat jaga, jemaah di masjid, aurat dititik beratkan.

Kalau kita kejar duit, duit akan lari.
Kalau kita kejar pangkat, pangkat akan menjatuhkan kita.

Lebih elok berjalan mencari duit, berkejar mencari akhirat.
Kalau ada pangkat, Allah swt perlu diingat.


8 hours in the office. Left: Hub's Office (Bandar Utama), Right: My office (Putrajaya)

No comments:

Post a Comment