Sunday, October 4, 2009

Setahun yang lalu

Beberapa jam lagi pembubaran kabinet pemerintahan kami.

Cik Coach rasa sedih dan apatah lagi terpaksa berkemas dipejabat dan menurunkan potret kesemua 36 ahli.

Alhamdulillah bermula dari tempoh pilihanraya sehingga ke hari ini macam - macam cabaran dan dugaan. Tak terkecuali kenangan yang manis-manis untuk diingati.

Cik Coach ada 35 orang adik beradik, yang kadang kala pening nak faham dan hakikatnya kita sebenarnya sama iaitu MAHASISWA/I. Adalah dua tiga yang berperangai 'macam - macam' sehingga mendatangkan pening kepala kepada Majlis Tertinggi. (haaa.. tak tinggi pun..)

Pelbagai isu diutarakan kepada pihak kami, namun kami tak dapat memenuhi kesemua kehendak kerana kami adalah pelajar dan bukanlah pembuat dasar. Masih ada lagi yang belum selesai. Kejayaan seperti mengubah beberapa perkara telah berjaya. Alhamdulillah :)

Pelbagai khabar angin melanda kampus, sehingga penat adik beradik Cik Coach menerangkan fakta sebenar. Yang pasti, SMS yang difoward oleh rakan-rakan lebih mudah dipercayai.

Setahun lalu, Cik Coach hanyalah seorang pelajar yang lebih tak ambil kisah padal hal-hal kampus. Fokus adalah untuk belajar dan mendapatkan segulung ijazah buat Ayah, Mama dan untuk diri Cik Coach sendiri.

Kini saat Cik Coach mengundur diri. Memberi peluang kepada adik-adik yang lain untuk meneruskan perjuangan.

Manifesto Cik Coach setahun lalu "Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang. InsyaAllah, saya akan melakukan sesuatu yang kecil tetapi membawa impak yang besar." (Manisfesto tak boleh blah..)

Tamat.

No comments:

Post a Comment