Alhamdulillah. Bahagia, sampai orang tanya, sekarang senyum-senyum. Ya, bahagia sampai senyum ke telinga.
Mula-mula memang mencabar sebab kami tak diberi tempat tinggal dan ditinggalkan dengan hutang menggunung.
Masa mula-mula nak kena cerai, seriously aku hilang arah.
Nak jaga dua anak yang istimewa. Nak kerja.
Dan disitulah Allah swt bagi kekuatan.
Ada keluarga, ada sahabat. Bos-bos yang sangat memahami.
Walaupun dah lama tak jumpa. Ada saja bantuan yang sampai.
Setahun hidup single sama macam hidup 10 tahun sengsara. Dulu-dulu blogging semuanya pasal menderita wehh.
Alhamdulillah.
Tukar kerja dan cari tempat tinggal baru. Walaupun terpaksa tinggalkan jiwa kerjaya yang dulu, sebab boleh tolong orang jaga keamanan. Hehe.
Dulu Allah bagi kami anak-beranak tempat tinggal 250 kaki persegi. Itu pun dah bersyukur, cuba buat cantik2. DIY, cat sendiri.
Sekarang ni, Allah bagi 2500 kaki persegi. 6 bilik. 4 bilik air. Anak-anak sangat selesa dan kami sangat-sangat bersyukur. Ya, hidup 3 orang.
InsyaAllah, kalau ada jodoh kawen ;)
dan hidup ni sebenarnya ujian. Selagi tak pass ujian tu, kita kena re-seat, re-seat atau kau re-sh*t.
No comments:
Post a Comment