Tiada tajuk kerana aku sendiri menitiskan air mata tatkala anak daraku menangis sendirian malam tadi. Usai aku tidurkan adiknya, dia sendirian menangis tanpa suara.
Aku hanya sedar tatkala pertidurannya basah dengan air mata, sayup-sayup aku dengar sedu mu. Mungkin anakku ini bimbang aku keresahan.
Wahai anakku, dulu tatkala aku kehilangan abangmu, aku selalu menceritakan pengalaman dan kesedihanku disini. Supaya aku tidak akan lupa momen momen ini. Kerana manusia bisa lupa. Untuk kau kenang jua wahai anakku sekiranya kita terpisah.
Aku berdoa wahai anakku, aku dipanjangkan usia, agar aku dapat melihat dirimu dan adikmu seperti orang lain yang tiada kekurangannya.
No comments:
Post a Comment