Wednesday, January 16, 2013

Listen! Listen! Listen!

Topik hangat aku rasa.

Universiti aku.

Tempat aku menimba ilmu.

Tempat aku mengasah soft skills yang aku kira tak pernah aku ada.

Tempat aku mengenal rakan dan lawan.

Aku pernah menjadi penanya soalan.

Aku akan 'menyerang'.

Walau bukan dengan senapang, aku lepaskan ledakan perkataan.

Membuat si penerima dekod mesej terawang-awang.

Aku pernah berada di atas menjadi tetamu jemputan.

Live bersiaran.

2 kali, kali ketiga aku tolak dengan sopan.

Tatkala sesi menjawab soalan, menitik peluh jantan.

Usaha untuk menjawab agar penanya faham.

Kalau aku masih bergelar pelajar, aku mahu orang dengar apa aku katakan.

Kalau aku orang atasan, aku mahu orang dengar apa arahan.

Kalau aku orang bawahan, aku mungkin terikut-ikut kawan.

Aku orang bawahan, aku tak mahu ikut syaitan.

Aku lebih suka mendengar dan diam.


No comments:

Post a Comment