Thursday, April 12, 2012

Pap test

Hari ni ada appointment dengan Doctor Tan di Hospital Pantai Indah. Oh lamanya nak tunggu sehingga encik suami bermuka ketat.


2 jam tunggu.


Jumpa je doktor, terus dia check BP. BP normal.Alhamdulillah :)


Then kene buat Pap Smear. 


Doktor tanya, tahu tak Pap Smear? Buat muka kerang busuk, sengih dah geleng-geleng kepala.


Tak tahu. Haha. Terukkan? Ingatkan umur 40 tahun baru kena buat. Rupa-rupanya kene start buat test masa umur 26 tahun sehingga 70 tahun.Setiap 3 tahun, kena buat sekali. In my case, officially saya belum 26 tahun. Blueekk.Sila muntah, sebab perasan muda.


Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser.  Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel  kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.
Dr Tan masukkan speculum, then godek2 sket. Haha. Sakit sikit. Sakit bersalin lagi scary.


So, the result will be out next week. Hopefully semuanya okay.


Oh oh, Doctor pesan... 


"You can get pregnant anytime" Dr Tan senyum.


Aku jeling manja suami. Oi, bukan jeling gatal disitu. Jeling manja sebab dia kena bayar bil.


Total Bill, RM115.20. Mahal, okay. kalau gomen mesti murah. Haha, sejak bila entah jadi berjimat cermat ni?



2 comments:

  1. InsyaAllah cik coach dapat pengganti cepat. Saya doakan :). Cik coach, u dah salah fhm entry saya tu. Bukan dah, tapi still in progress. Hihi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Sama-sama kita berdoa dpt pengganti anak kita secepat mungkin :) Usaha tangga kejayaan.

      Delete