Tuesday, March 27, 2012

Debaran

Assalammualaikum wbt.


Lagi satu rezeki Allah SWT nak bagi. Kalau dapat rezeki yang ni, Umi akan bagi tahu sayang :)


Monday, March 26, 2012

1 month 1 week 1 day

Anakanda tetap dalam ingatan kami :)

26 March 2011

Masjid Ubudiah Ampang
26 Mac 2011

How I Met Your Abi

Assalammualaikum wbt.


Anakanda Thaqeef, apa khabar anakanda di 'alam' sana? Rindu Abi dan Umi masih lagi menggunung buat sayang.Sayang, hari ni genap setahun perkahwinan kami. Genap setahun lalu, Abi melafaz akad dan menikahi Umi.Hari yang paling bahagia, sayang.

Umi dah berniat nak cerita pada anak-anak Umi, kisah perkenalan Abi dan Umi.

Tahun 1996

Umur 10 tahun kami dah berjumpa. Itulah dikatakan jodoh, sayang. Umi tak tahu budak lelaki yang pakai baju hijau sebelah meja Umi, bakal jadi husband Umi, Abi Thaqeef. Kami sekelas. Abi lebih banyak diam dalam kelas. Yang Umi ingat, rambut abi masa dulu2, rambut belah tengah dan sedikit perang. Ohh, abi tak warna rambut, 100% natural. Ada lagi satu perkara yang Umi ingat, satu hari Atuk datang ambil Abi di sekolah.Umi sempat tegur Abi dalam kelas.

"Awak tak sihat ke?" Tanya Umi.

Abi angguk lepas tu sembamkan muka dibantali tangan kat atas meja.

"Oh, awak rehatlah." Hehe. Concernkan? Umi kesian kat budak lelaki pakai baju hijau tu. Muka merah je. Memang nampak tak sihat.

Tapi bila dah kahwin, baru Umi tahu, yang Abi bukannya tak sihat hari tu, tapi merajuk dengan Atuk sebab kena marah. Tak nak pergi sekolah. Hehe.. Abi...Abi...


Abi :)

Tahun 1997

Kami sekelas lagi. Tapi tak banyak sangat memori. Yang ada hanya gambar kelas tahun 1997. Sorry, Umi tak boleh upload gambar tu sebab Umi free hair :)

Tahun 1998

Tahun UPSR. Lepas habis exam, Abi belajar kat Kelantan, dan Umi tetap di Ampang.

Tahun 2007




Abi tegur Umi di Friendster. 24/7/2007. Abi kata abi tak ingat Umi yang mana satu time sekolah. Isk Isk Isk. Sedih Umi. Tapi takpe, at least Umi tahu Abi tak suka  kacau budak2 perempuan. hehe.. 


Tahun 2009


Abi dan Umi dah start rapat sebagai kawan. Memang betul2 kawan.Prinsip Abi tak nak bercinta sebelum kahwin. Cuma Abi tak hint Umi directly. November 2009, Abi dan Umi jadi best friend sebelum kahwin. Hehe...


BFF kasi hadiah :)


February 2010


Abi dan Umi tak habis belajar lagi. Tapi Abi dah propose melalui YM. Tapi Atuk cakap, Umi kena habis belajar dulu. Baru boleh kahwin dengan Abi. Lagi satu, dah 12 tahun tak jumpa Abi. Lagilah Umi nervous.


July 2010


25 July 2010, Abi datang jumpa Umi kat rumah. Memang gementar. First time jumpa Abi, Abi bagi hadiah kat Umi, perfume, T Shirt Jersey and Key Chain. Perfume yang Abi bagi tu sampai sekarang ada lagi. Kami tak sempat bertegur pun. Abi borak dengan Atuk pasal Account la.. pasal finance la.. Tapi ada sekali tu Umi curi2 pandang Abi. Hehe... Macam hindustan.


Jersey England :)




30 July 2010 Abi dan Umi bertunang. Wink2 ;)


Oh Oh, Abi dan Umi ada blog rahsia :) 


Mac 2011

26 Mac 2011 (Sabtu),Abi segak berbaju melayu dan bersongkok. Dalam hati Umi, 'handsomenya dia'. Merah agaknya pipi Umi masa tu sebab Umi blushing. Macam biasa, Abi tengah nervous dan Umi pun sama. Asyiklah tahan air mata nak menangis. Family Umi & Abi dah siap sedia untuk upacara lakaz akad. Kawan-kawan Umi ada bagi sokongan i.e Auntie Zu, Auntie Eno, Auntie Fatin, Auntie Farah, Auntie Aja & Auntie Sal.


One Happy Family :)

The Akad Nikah

Abi, Umi & Our Friends

Alhamdulillah, Finally Abi cakap "I Love You" pada Umi.
 26 Mac 2011.

26 March 2012


Setahun perkahwinan Abi dan Umi, kami dah ada seorang anak. Anak yang menunggu kedua ibu bapanya di pintu syurga. InsyaAllah, kami akan berjumpa anakanda di syurga nanti dan doakan kami cepat-cepat dapat pengganti sayang di dunia  :)


Abang,

Happy 1st Wedding Anniversary.
Thank you for your love and support.
Semoga kita bahagia hingga ke syurga nanti.
Amin :)

I LOVE YOU



Wednesday, March 21, 2012

Almost A Year

29 March 2011 Port Dickson

DOAKU UNTUKMU SAYANG

Tuesday, March 20, 2012

Soalan Apa ni?

Sesiapa saja: Anak dah berapa?
Saya: 1.
Sesiapa saja: Anak mana?
Saya: Allah SWT jaga.(Bergenang air mata)
Betul susah nak jawab soalan tu.


Tori & Rio


Assalammualaikum wbt.

Anakanda  Thaqeef, ni Umi nak bagitahu satu rahsia, Abi. Abi suka sangat kucing, kalau boleh nak tidur sekali dengan kucing. Umi pun suka. Suka sikit2 je sebab Umi tak rajin nak bersih2kan kucing ni. Gambar yang kat atas ni gambar kucing Abi. Comel tak? Comelkan Tori & Rio. Masa tu Abi baru balik dr UK, baru habis belajar dan Abi nak praktis jaga anak kucing sebelum jaga anak dara orang. Hehe.

Umi lupa nak bagitahu sayang. Umi dah apply membership TOYSRUS :) Boleh beli toys adik-adik Thaqeef dengan harga yang murah. Buat masa ni, Umi beli toys untuk Abg Faheem & Abg Panpan dulu.

Hari ni Umi ada last stage interview dengan 2nd line manager untuk MNC ofis sebelah Abi. Sayang doakan ye. Umi nak prepare apa yang patut :)

Tuesday, March 13, 2012

Craving

Assalammualaikum anakanda, Umi pergi one utama. Terlalu candylicious. Yumyum, Umi beli Belgian chocolate. Sheeeedap! Sayangkan pernah rasa masa dalam perut Umi dulukan? Tapi masa tu Umi beli 25g je. Nanti Abi cranky-bagi lecture free kat Umi kalau tak habis. Hehe. Jangan marah Abi. kalau Abi tak kawal Umi, kita mungkin dah boleh buka kedai :)


Sejimat2 Abi, Abi offer pergi holiday. hehe. Abi kata kat Umi tadi, Abi sunyi, Umi pun sama :(


~Umi

Monday, March 12, 2012

Saturday, March 10, 2012

3 weeks

Assalammualaikum anakanda. Dah 3 minggu sayang berada di alam sana. Umi rindu, tapi Umi tak bimbang sebab Allah swt tolong jagakan sayang untuk Umi. Terima kasih, Ya Allah.

Umi dan Abi dah berpindah dari Damansara Perdana. Sekarang Umi dan Abi di rumah Wan sementara nak tunggu rumah di Kota Damansara tu settle legal documentation.Terlalu banyak kenangan sayang di rumah tu. Umi sedih sangat, Abi pun sama. Sekurang-kurangnya ada cousins Thaqeef kat sini, Kakak Yaya & Abang Daniel. Happy Umi cerita-cerita dengan diorang. Kakak farah & Abang Farhan pun ada petang2 lepas habis sekolah. Abang Faheem & Abang Panpan balik time weekend, sempat Umi nak manja2 :)

Sayang, walaupun dah 3 minggu sayang pergi dalam perut Umi, ingatan dan kasih sayang kami akan kekal sampai bila2. Kadang2, Umi teringat balik memori sayang dalam perut Umi ni. Sayang ikut Umi pergi keje, pergi warehouse sales, pergi dating dengan Abi, pergi makan2. Indahnya waktu tu. One happy little family, kan?

Sayang, doakan Umi cemerlang masa interview Isnin ni ye. Umi nak join MNC tu jugak, Umi rasa nilah kenangan dan rezeki yang Allah bagi masa Umi pregnantkan sayang. Mana boleh Umi tolak, melainkan Allah Swt tak izinkan. Umi bersyukur :)

Abi Long ada pesan pada Umi, always remember Allah swt bagi ujian dan cabaran ni sebab Dia tahu kami mampu untuk menghadapinya dan ini akan menjadikan Umi dan Abi lebih kuat. InsyaAllah :)

Jaga diri sayang.

~Umi

Tuesday, March 6, 2012

We love you, Son

Plushie, Thaqeef :)

Umi suka romper ni :)

Just Like Daddy (Abi): memang Thaqeef tinggi macam Abi, cute nose macam Abi jugak :P

Romper lagi... 

Rompe(s): Iya, Umi borong sakan :)

Macam2 Umi beli, eh Abi bayar. Tq Abi

Bebe Confort by Maxi Cosi Streety Travel. Tq Ayah Long & Umi Zu sbb tolong belikan kat UK


Assalammualaikum wbt,

Anakanda sihat? Alhamdulillah, Umi & Abi sihat. Rindu Umi dengan sayang. Maaf, Umi tak dapat nak melawat kubur Anakanda. InsyaAllah, Umi nak menjenguk sayang lepas habis berpantang.Tak sabar rasanya.

Umi nak bagitahu banyak good news. 1st, remember Auntie Zu? She's getting married. Abi & Umi akan ke Penang, InsyaAllah Jun ni. Honeymoon Abi & Umi dan ke kenduri Auntie Zu. Boleh jumpa Auntie Eno, Auntie Fatin. Rindu rasanya nak borak2. Auntie Zu cakap, mungkin Allah SWT takdirkan Umi dan Auntie Zu pregnant sama-sama. Hehe. Thaqeef nak adik tak? Umi pun nak~ Wink2.

Secondly, interview dengan MNC tu Umi berjaya pass.Alhamdulillah. Abi solat hajat untuk Umi. Suweeetkan? Macam mana Umi tak jatuh cinta dengan Abi tu. Suweeet je all the time.Nak tunggu next stage interview dengan hiring manager.

Last but not least, Umi nak tunjuk barang2 yang kami dah beli untuk sayang. Banyakkan? Umi nak minta izin untuk kemaskan semua barang2 sayang. InsyaAlllah, kalau ada rezeki, adik2 Thaqeef akan pakai barang2 ni semua :)

Jaga diri sayang. We love you.

~Umi