Friday, December 28, 2012

Holi-day Nov 2012



Krabi, Thailand November 2012.



Wednesday, December 26, 2012

Hobi

Haila diri.

Penat rupanya mencari rezeki.

Kais 6.30 pagi, makan 8 pagi,
Kais 5 petang, pukul 8 malan baru nak makan ni,
pejam celik hari sabtu dah muncul lagi,
tertekan tanpa hobi.

Haha. Sorry berpantun berkerat berat.
Memang dah sah. Kurang paksi tengahnya.

Oh by the way, Encik Suami dan saya tengah mencari hobi.
Tidak, Si Dia dah berhobi sejak bujang lagi.
Tak bola mesti dengan PS3.

Well, saya suka masak. (dan makan)
Padanlah tak berdiet lagi.
InsyaAllah, start hari ini.

Hobi terbaru kami;
menanam pokok-pokok hijau dalam pasu termasuklah cili.

Hobi style sub-urban.
Hehe. Saya suka.
Especially MIL kasi pokok Kari.
Tak payah beli.
Kasi petik mariiiii...

We dont really need expensive hobbies.
Kalau free, pasti setuju si Suami.

26122012


Let just say ini berita gembira si dia-yang-berminyak-dan-gas akan dinaikkan pangkat?

InsyaAllah.

Doakan.

Dr Muhaya "Kadangkala duit dan pangkat juga ujian buat kita."

Semoga kita tidak lalai dengan dunia.

Amin.



Saturday, December 15, 2012

Pindah Rumah

24 November 2012

Tarikh kami mendapat kunci rumah sendiri. Syukur, Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah!

Kenapa saya suka rumah saya (Kami)?

  1. Rumah ni banyak kenangan. Rezeki Anakanda Thaqeef.
  2. Kami dapat diskaun RM10,000 daripada Vendor. Again, rezeki Thaqeef. Thanks to my bargaining skill. Encik Suami senyum sebab dapat berjimat RM10k. 
  3. Location! Dekat dengan IKEA, sunway Giza, E@Curve, The Curve, IPC IKANO, 5 minit dari rumah nak ke office Encik Suami. Me? Hehe. 
  4. Plaster ceiling.
  5. I have my own kitchen with kitchen cabinet. Now I can cook happily!
  6. Encik suami dan saya decorate rumah kami. Termasuk mengecat bilik kami.
  7. Above all, rumah kami dekat dengan MASJID Kota Damansara Seksyen 5! 


Thursday, December 6, 2012

Sneak Peak

Cantik tak? Thehee

Tuesday, November 6, 2012

Digodam

Oh okay, last few weeks account FB kena hack.
Tak boleh login.
Entah siapa. Full stop.
Rasanya macam dah tak secure.
Nak delete FB.

Bubye FB


Thursday, June 7, 2012

Jadual

Assalammualaikum sayang, umi dah start keje balik. Umi kena demam denggi. Lepas satu, satu kan? This is part of life :)

Jadual Jun dan Julai kami dah penuh. Lepas ni Umi dah sibuk berkursus. Hopefully umi boleh kurus.hehe...

Kami

Abi dan Umi

Wednesday, June 6, 2012

Pelaburan

Tahun 2020,average rumah teres 2 tingkat RM800k di Selangor.

Kalau,

Purchase Price rumah = RM800k
Loan = 90%
Interest = 4%
Tenure= 40 years
Monthly installment= RM3009

Mahalkan?

Tapi within 5 years, Property boleh jadi RM1.2 Million. Untung dalam RM400k.


P

Ohhh yeaahhh.

Dah dapat P.

Alhamdulillah. Umi dah lulus dan dapat lesen. Lepas ni, pergi kerja naik kereta :)

22 Mei 2012, Umi test JPJ. Abi pun cuti sama, nak bagi sokongan padu katanya.

Cikgu Umi pesan, Umi test pukul 8.30 pagi. Kami dah sampai di litar pada pukul 7.30 pagi. Tiba-tiba Cikgu cakap Umi test pukul 10.30 pagi. Nervous tak payah cakap, memang Umi tak lepas praktis parking dan bukit. Selalu kena marah dengan Cikgu. Hehe.

Masa test bukit, Umi berjaya lepas sekali percubaan. Lega.

Lepas tu buat Parking. Lulus.

Tapi sebelum nak test, kena ucap selamat pagi dan tak lupa panggil orang JPJ; Tuan/Puan.

Test jalanraya Umi dapat 19/20. Hehe. Markah lulus 16. Terima kasih pada Tuan JPJ.

Terima kasih Abi sebab teman Umi.

Oh, anakanda; Umi beli kereta. Proton Preve. Part yang paling best, Umi dapat no plat...

Preve = WWT 792 (Abi)
MYVi = WUR 792 (Umi)

Uncle Indra and Auntie Fiza tolong belikan no plat best ni.

Saturday, May 12, 2012

Sebulan

Assalammualaikum sayang,

Umi rindukan sayang. Umi sibuk kebelakangan ni; bangun pagi pukul 5.15 pagi, keluar rumah pukul 6.15 pagi dan Abi akan hantar ke ERL Bandar Tasik Selatan. Pukul 7 Umi akan sampai di Putrajaya Sentral. Naik Bas No. 601 dan terus ke ofis Umi. Selalunya Umi akan sampai pukul 7.50 di rumah Wan. Letih, tapi takpe, Umi sanggup berkorban untuk mencari rezeki untuk keluarga kita. Umi nak sayang tahu, umi tak pernah lupakan sayang. Bila Umi di ofis, Umi terjumpa staff yang pregnant, Umi sorok2 pandang perut mereka. Masih teringat lagi anak Umi dalam perut Umi ni. Umi tak boleh nak berpura-pura Umi okay. Mungkin masa akan ubati kesedihan Umi.

Bersyukur. Banyak kali Abi pesan. Allah SWT ambil sayang daripada Umi dan Abi, sebab Allah SWT nak uji kami. Alhamdulillah, Allah SWT gantikan pemergian sayang dengan pelbagai nikmat. Bayangkan Umi pergi interview disaat Umi masih lagi berpantang dan memakai barut. Memang tak mudah bila Umi berhadapan dengan pengurusan atasan Jabatan Peguam Negara. Berhadapan dengan Tan Sri, Datuk- Datuk, Pendaftar Mahkamah dan sebagainya. Umi bertuah sebab Abi sanggup cuti untuk menghantar ke Putrajaya dan memberi sokongan. Alhamdulillah, semuanya berbaloi. Umi berjaya melepasi soalan yang hampir "membunuh" hampir semua calon-calon yang ditemuduga. Terima kasih, Allah :)

Sayang, Umi nak bagitahu something ni, Auntie Iqa dapat sekolah SBP. Sekolah Menegah Sains Seri Puteri. Auntie Iqa seronok sangat. Hari ni Umi dan Abi bercadang nak tengok Auntie Iqa :) 


Okay, sayang. Umi nak log off. ILY





Tuesday, May 1, 2012

Suprise

Jeng jeng jeng

Saturday, April 14, 2012

60 days

a present from your abi :)

Thursday, April 12, 2012

Pap test

Hari ni ada appointment dengan Doctor Tan di Hospital Pantai Indah. Oh lamanya nak tunggu sehingga encik suami bermuka ketat.


2 jam tunggu.


Jumpa je doktor, terus dia check BP. BP normal.Alhamdulillah :)


Then kene buat Pap Smear. 


Doktor tanya, tahu tak Pap Smear? Buat muka kerang busuk, sengih dah geleng-geleng kepala.


Tak tahu. Haha. Terukkan? Ingatkan umur 40 tahun baru kena buat. Rupa-rupanya kene start buat test masa umur 26 tahun sehingga 70 tahun.Setiap 3 tahun, kena buat sekali. In my case, officially saya belum 26 tahun. Blueekk.Sila muntah, sebab perasan muda.


Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser.  Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel  kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.
Dr Tan masukkan speculum, then godek2 sket. Haha. Sakit sikit. Sakit bersalin lagi scary.


So, the result will be out next week. Hopefully semuanya okay.


Oh oh, Doctor pesan... 


"You can get pregnant anytime" Dr Tan senyum.


Aku jeling manja suami. Oi, bukan jeling gatal disitu. Jeling manja sebab dia kena bayar bil.


Total Bill, RM115.20. Mahal, okay. kalau gomen mesti murah. Haha, sejak bila entah jadi berjimat cermat ni?



Monday, April 9, 2012

Monday

Night; layan Desperate Housewives.

Khusyuknya dia.

Rezeki

Assalammualaikum sayang. 


Ingat lagi tak entry ni ? Alhamdulillah Umi dan Abi dapat rezeki kerja baru.


16hb April 2012 ni Umi lapor diri di Putrajaya :)


"Saya yang menurut perintah"


Thank you Allah :)

Tuesday, March 27, 2012

Debaran

Assalammualaikum wbt.


Lagi satu rezeki Allah SWT nak bagi. Kalau dapat rezeki yang ni, Umi akan bagi tahu sayang :)


Monday, March 26, 2012

1 month 1 week 1 day

Anakanda tetap dalam ingatan kami :)

26 March 2011

Masjid Ubudiah Ampang
26 Mac 2011

How I Met Your Abi

Assalammualaikum wbt.


Anakanda Thaqeef, apa khabar anakanda di 'alam' sana? Rindu Abi dan Umi masih lagi menggunung buat sayang.Sayang, hari ni genap setahun perkahwinan kami. Genap setahun lalu, Abi melafaz akad dan menikahi Umi.Hari yang paling bahagia, sayang.

Umi dah berniat nak cerita pada anak-anak Umi, kisah perkenalan Abi dan Umi.

Tahun 1996

Umur 10 tahun kami dah berjumpa. Itulah dikatakan jodoh, sayang. Umi tak tahu budak lelaki yang pakai baju hijau sebelah meja Umi, bakal jadi husband Umi, Abi Thaqeef. Kami sekelas. Abi lebih banyak diam dalam kelas. Yang Umi ingat, rambut abi masa dulu2, rambut belah tengah dan sedikit perang. Ohh, abi tak warna rambut, 100% natural. Ada lagi satu perkara yang Umi ingat, satu hari Atuk datang ambil Abi di sekolah.Umi sempat tegur Abi dalam kelas.

"Awak tak sihat ke?" Tanya Umi.

Abi angguk lepas tu sembamkan muka dibantali tangan kat atas meja.

"Oh, awak rehatlah." Hehe. Concernkan? Umi kesian kat budak lelaki pakai baju hijau tu. Muka merah je. Memang nampak tak sihat.

Tapi bila dah kahwin, baru Umi tahu, yang Abi bukannya tak sihat hari tu, tapi merajuk dengan Atuk sebab kena marah. Tak nak pergi sekolah. Hehe.. Abi...Abi...


Abi :)

Tahun 1997

Kami sekelas lagi. Tapi tak banyak sangat memori. Yang ada hanya gambar kelas tahun 1997. Sorry, Umi tak boleh upload gambar tu sebab Umi free hair :)

Tahun 1998

Tahun UPSR. Lepas habis exam, Abi belajar kat Kelantan, dan Umi tetap di Ampang.

Tahun 2007




Abi tegur Umi di Friendster. 24/7/2007. Abi kata abi tak ingat Umi yang mana satu time sekolah. Isk Isk Isk. Sedih Umi. Tapi takpe, at least Umi tahu Abi tak suka  kacau budak2 perempuan. hehe.. 


Tahun 2009


Abi dan Umi dah start rapat sebagai kawan. Memang betul2 kawan.Prinsip Abi tak nak bercinta sebelum kahwin. Cuma Abi tak hint Umi directly. November 2009, Abi dan Umi jadi best friend sebelum kahwin. Hehe...


BFF kasi hadiah :)


February 2010


Abi dan Umi tak habis belajar lagi. Tapi Abi dah propose melalui YM. Tapi Atuk cakap, Umi kena habis belajar dulu. Baru boleh kahwin dengan Abi. Lagi satu, dah 12 tahun tak jumpa Abi. Lagilah Umi nervous.


July 2010


25 July 2010, Abi datang jumpa Umi kat rumah. Memang gementar. First time jumpa Abi, Abi bagi hadiah kat Umi, perfume, T Shirt Jersey and Key Chain. Perfume yang Abi bagi tu sampai sekarang ada lagi. Kami tak sempat bertegur pun. Abi borak dengan Atuk pasal Account la.. pasal finance la.. Tapi ada sekali tu Umi curi2 pandang Abi. Hehe... Macam hindustan.


Jersey England :)




30 July 2010 Abi dan Umi bertunang. Wink2 ;)


Oh Oh, Abi dan Umi ada blog rahsia :) 


Mac 2011

26 Mac 2011 (Sabtu),Abi segak berbaju melayu dan bersongkok. Dalam hati Umi, 'handsomenya dia'. Merah agaknya pipi Umi masa tu sebab Umi blushing. Macam biasa, Abi tengah nervous dan Umi pun sama. Asyiklah tahan air mata nak menangis. Family Umi & Abi dah siap sedia untuk upacara lakaz akad. Kawan-kawan Umi ada bagi sokongan i.e Auntie Zu, Auntie Eno, Auntie Fatin, Auntie Farah, Auntie Aja & Auntie Sal.


One Happy Family :)

The Akad Nikah

Abi, Umi & Our Friends

Alhamdulillah, Finally Abi cakap "I Love You" pada Umi.
 26 Mac 2011.

26 March 2012


Setahun perkahwinan Abi dan Umi, kami dah ada seorang anak. Anak yang menunggu kedua ibu bapanya di pintu syurga. InsyaAllah, kami akan berjumpa anakanda di syurga nanti dan doakan kami cepat-cepat dapat pengganti sayang di dunia  :)


Abang,

Happy 1st Wedding Anniversary.
Thank you for your love and support.
Semoga kita bahagia hingga ke syurga nanti.
Amin :)

I LOVE YOU



Wednesday, March 21, 2012

Almost A Year

29 March 2011 Port Dickson

DOAKU UNTUKMU SAYANG

Tuesday, March 20, 2012

Soalan Apa ni?

Sesiapa saja: Anak dah berapa?
Saya: 1.
Sesiapa saja: Anak mana?
Saya: Allah SWT jaga.(Bergenang air mata)
Betul susah nak jawab soalan tu.


Tori & Rio


Assalammualaikum wbt.

Anakanda  Thaqeef, ni Umi nak bagitahu satu rahsia, Abi. Abi suka sangat kucing, kalau boleh nak tidur sekali dengan kucing. Umi pun suka. Suka sikit2 je sebab Umi tak rajin nak bersih2kan kucing ni. Gambar yang kat atas ni gambar kucing Abi. Comel tak? Comelkan Tori & Rio. Masa tu Abi baru balik dr UK, baru habis belajar dan Abi nak praktis jaga anak kucing sebelum jaga anak dara orang. Hehe.

Umi lupa nak bagitahu sayang. Umi dah apply membership TOYSRUS :) Boleh beli toys adik-adik Thaqeef dengan harga yang murah. Buat masa ni, Umi beli toys untuk Abg Faheem & Abg Panpan dulu.

Hari ni Umi ada last stage interview dengan 2nd line manager untuk MNC ofis sebelah Abi. Sayang doakan ye. Umi nak prepare apa yang patut :)

Tuesday, March 13, 2012

Craving

Assalammualaikum anakanda, Umi pergi one utama. Terlalu candylicious. Yumyum, Umi beli Belgian chocolate. Sheeeedap! Sayangkan pernah rasa masa dalam perut Umi dulukan? Tapi masa tu Umi beli 25g je. Nanti Abi cranky-bagi lecture free kat Umi kalau tak habis. Hehe. Jangan marah Abi. kalau Abi tak kawal Umi, kita mungkin dah boleh buka kedai :)


Sejimat2 Abi, Abi offer pergi holiday. hehe. Abi kata kat Umi tadi, Abi sunyi, Umi pun sama :(


~Umi

Monday, March 12, 2012

Saturday, March 10, 2012

3 weeks

Assalammualaikum anakanda. Dah 3 minggu sayang berada di alam sana. Umi rindu, tapi Umi tak bimbang sebab Allah swt tolong jagakan sayang untuk Umi. Terima kasih, Ya Allah.

Umi dan Abi dah berpindah dari Damansara Perdana. Sekarang Umi dan Abi di rumah Wan sementara nak tunggu rumah di Kota Damansara tu settle legal documentation.Terlalu banyak kenangan sayang di rumah tu. Umi sedih sangat, Abi pun sama. Sekurang-kurangnya ada cousins Thaqeef kat sini, Kakak Yaya & Abang Daniel. Happy Umi cerita-cerita dengan diorang. Kakak farah & Abang Farhan pun ada petang2 lepas habis sekolah. Abang Faheem & Abang Panpan balik time weekend, sempat Umi nak manja2 :)

Sayang, walaupun dah 3 minggu sayang pergi dalam perut Umi, ingatan dan kasih sayang kami akan kekal sampai bila2. Kadang2, Umi teringat balik memori sayang dalam perut Umi ni. Sayang ikut Umi pergi keje, pergi warehouse sales, pergi dating dengan Abi, pergi makan2. Indahnya waktu tu. One happy little family, kan?

Sayang, doakan Umi cemerlang masa interview Isnin ni ye. Umi nak join MNC tu jugak, Umi rasa nilah kenangan dan rezeki yang Allah bagi masa Umi pregnantkan sayang. Mana boleh Umi tolak, melainkan Allah Swt tak izinkan. Umi bersyukur :)

Abi Long ada pesan pada Umi, always remember Allah swt bagi ujian dan cabaran ni sebab Dia tahu kami mampu untuk menghadapinya dan ini akan menjadikan Umi dan Abi lebih kuat. InsyaAllah :)

Jaga diri sayang.

~Umi

Tuesday, March 6, 2012

We love you, Son

Plushie, Thaqeef :)

Umi suka romper ni :)

Just Like Daddy (Abi): memang Thaqeef tinggi macam Abi, cute nose macam Abi jugak :P

Romper lagi... 

Rompe(s): Iya, Umi borong sakan :)

Macam2 Umi beli, eh Abi bayar. Tq Abi

Bebe Confort by Maxi Cosi Streety Travel. Tq Ayah Long & Umi Zu sbb tolong belikan kat UK


Assalammualaikum wbt,

Anakanda sihat? Alhamdulillah, Umi & Abi sihat. Rindu Umi dengan sayang. Maaf, Umi tak dapat nak melawat kubur Anakanda. InsyaAllah, Umi nak menjenguk sayang lepas habis berpantang.Tak sabar rasanya.

Umi nak bagitahu banyak good news. 1st, remember Auntie Zu? She's getting married. Abi & Umi akan ke Penang, InsyaAllah Jun ni. Honeymoon Abi & Umi dan ke kenduri Auntie Zu. Boleh jumpa Auntie Eno, Auntie Fatin. Rindu rasanya nak borak2. Auntie Zu cakap, mungkin Allah SWT takdirkan Umi dan Auntie Zu pregnant sama-sama. Hehe. Thaqeef nak adik tak? Umi pun nak~ Wink2.

Secondly, interview dengan MNC tu Umi berjaya pass.Alhamdulillah. Abi solat hajat untuk Umi. Suweeetkan? Macam mana Umi tak jatuh cinta dengan Abi tu. Suweeet je all the time.Nak tunggu next stage interview dengan hiring manager.

Last but not least, Umi nak tunjuk barang2 yang kami dah beli untuk sayang. Banyakkan? Umi nak minta izin untuk kemaskan semua barang2 sayang. InsyaAlllah, kalau ada rezeki, adik2 Thaqeef akan pakai barang2 ni semua :)

Jaga diri sayang. We love you.

~Umi



Monday, February 27, 2012

ILY

Day 8

Assalammualaikum wbt,

Anakanda sihat? Umi dah sihat selepas berurut. Alhamdulillah. Mak Cik Jah (Nek Jah to you,ye Sayang) kata urat Umi banyak masuk angin dan bila umi diurut, umi ada terkeluar suara soprano sikit. Hehe.

Sekarang ni Umi dalam pantang hari ke-8. Makan pun kena pantang, sayang. Makan ikan bakar, black pepper, sayur sawi (ehem, pahit tu). Nak tahu something? Umi request dekat Abi, pantang makan ice cream. Hehe.  Kesian Abi ;) 

Sayang ingat tak 16 Februari 2012 (Khamis)? Hari yang Umi dapat tahu sayang dah 'pergi' dalam perut Umi. Ya, sayang, Umi sedih. Genap seminggu Abi dan umi dapat tahu sayang 'pergi', rupanya Allah SWT gantikan sesuatu untuk kami.Umi dapat interview MNC 2 Mac 2012 ni. Mudah-mudahan dapat rezeki yang ini sebab lagi dekat dengan ofis Abi.Sebelah je, sayang. Hari-hari Abi dan Umi akan dating kot. InsyaAllah, sayang doakan jugak ye.

Umi nak bagitahu sayang ni, Umi cintakan Abi.




~Umi





Wednesday, February 22, 2012

Thaqeef Bin Thaha

Assalammualaikum wbt

Umi rindu sangat sayang. Nasib baik Abi simpankan ultrasound anak umi yang hensem ni. Posing sakan ;)

Umi rindu sayang

Assalammualaikum w.b.t


Anakanda Thaqeef, Apa khabar anakanda di Alam sana? Umi rindu. Tiap kali Umi teringat sayang, Umi menangis. Menangis gembira. Maafkan Umi sebab menangis ya sayang. Umi terlalu rindukan sayang.


Abi pun tak lupa nak berdoa pada Allah, sampaikan salam Abi dan Umi pada sayang.


Insyallah, satu hari nanti kita akan berjumpa.


Umi teringin sayang nak menyusukan sayang. 


Jaga diri ya sayang.


~Umi


Tuesday, February 14, 2012

Rezeki

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, baby dah nak masuk 7 bulan.

We bought a house for our little family in Kota Damansara.

Very small, tapi cukuplah untuk kami bertiga.

Rezeki Baby.


Saturday, January 28, 2012

w24.6

craving dark choc dgn ice cream.starbuck caramel frap. no wonder dr size M Ke size XXL. hehe :)

Friday, January 27, 2012

w24.5

lame tak update. craving pizza hut. hehe. sah anak abi dia since i dont really like pizza.