Thursday, February 18, 2010

Jam Loceng Salah Bunyi

Ini bukan alarm yang selalu bangkitkan anda dari tidur. Alarm ini dari jam biologi. Jam tersebut tak lain dan tak bukan milik Cik Empunya-Blog-Punya-Kakak i.e kakak saya. Siapa lagi yang menbuyung setakat ini kan? Ejeje...

Di suatu hari yang dingin, jam sudah menunjukkan 10.30 malam, kami sekeluarga(tidak termasuk Mak Buyung dan Pak Buyung; i.e kakak saya dan Brother in Law) baru sahaja tiba di rumah selepas acara makan-makan ikan + seafood bakar cicah air asam di Bagan Lalang, Alhamdulillah, fiesta makan-makan itu membuat saya kenyang bukan kepalang. Namun demikian,penatnya tidak terperi, jauhnya 90km .Fikiran di benak, mahu sahaja bertidur-tidura
n selepas membersihkan diri dan solat Isya'.

Tiba-tiba telefon mudah alih (selalu kena alih) Puan Miu Miu, berdering comel...

Fikiran Cik Empunya diri menjadi haru biru apabila si Ibu mengkhabarkan berita, Cik Empunya-Blog-Punya-Kakak sudah bertanda-tanda mahu bersalin.


Dan di dalam hati... "Eh.. Eh.. macam awal sangat je kan?" Cik empunya diri bertanya-tanya sendiri, dan nervousnya mengalahkan sesiapa sahaja termasuklah si bakal atuk iaitu ayah saya yang tenang dihadapan kaca TV sambil melihat cerita cina kungfu mungfu. Lagak seorang yang sangat rileks. Bukankah ayah adalah orang yang paling gementar saat Mama melahirkan kami? Peristiwa ayah tersalah masuk bilik bersalin orang lain sewaktu Mama mahu melah
irkan saya merupakan bukti kukuh si ayah gelabah disaat-saat genting seperti ini.

Saya menjadi kejelesan melihat keadaan ayah yang cool itu, kerana saya sendiri menjadi rimas dengan diri sendiri apabila, setiap lima minit akan bertanya soalan itu ini kepada si ibu yang mungkin juga gementarnya seperti saya, ohh, mungkin juga kurang. Dan ketika hampir terlelap sambil menunggu perkembangan tentang tanda-tanda itu, saya menerima message daripada BIL;

Its false alarm, apa-apa akan diberitahu..TQ


Ya Allah! Lega hati mak cik yang satu ini.Salah satu tanda false alarm ialah
Braxton Hicks Contractions menjadi semakin kerap, dan ianya sememangnya biasa kepada mak-mak buyung menbayangkan saat bersalin yang sebenar. Sila rujuk disini. Namun demikian, Cik Empunya Blog, masih nervous menantikan anak buahnya yang pertama, Si Comel Pau Sri Kaya. InsyaAllah, doanya semoga Mak Buyung mudah bersalin, Amin.

P/s: Bersalin kulit pun sama :)

Siapa yang reti maths sahaja yang boleh nampak numbers di jam loceng ini, kalau kabur, anda ada harapan terer maths :)


No comments:

Post a Comment