Friday, February 19, 2010

Bintang bintang peliharaan

Ehem, dengan sengaja, saya salah eja untuk tajuk posting diatas. Ejeje...

Masa kecik-kecik dulu, Cik empunya diri sangat teruja dengan haiwan peliharaan yang sememangnya sangat binti comel, dan "Ohhhh... cutenya.. nak satu.". Selalunya riak muka saya gagal meyakinkan pihak juri Mahkamah Persekutuan Olok-olok (iya, kat rumah pun ade mahkamah :) Semakin meningkat dewasa, $ pun boleh simpan sendiri, keputusan nak membela haiwan peliharaan semakin kelihatan dan bercahaya. Tapi kalau nak ingat balik; dari kecik hinggalah dah besar panjang macam gini pun masih nak bela-bela.

Sorotan kisah-kisah lalu di italickan

Masa tadika, saya hairan kenapa kawan-kawan saya boleh bela kucing, tapi kalau saya tak boleh?

Cik-Empunya-Diri-Punya-Mak: Tak boleh. Siapa nak jaga.

Maka, saya bela semut. Saya jumpa semut, saya ambil satu dan bagi makan gula yang selalu orang buat air tu. Keesokannya, saya tengok, lagi banyak semut datang. Saya kena marah. Lalu saya buang semua semut-semut saya.

Kedua, masa saya bersekolah rendah, Darjah 2; Ayah saya belanja satu ikan laga. Saya gembira dapat ikan laga yang tak perlu oksigen dan harga yang hanya RM1.00 seeokor. Senang jaga. Sekali lagi, saya kena marah sebab tak jaga dengan elok. Bukan apa, saya terlupa yang saya ada bela ikan. Bila jenguk, ikan tu dah mati. Cik Empun-Diri kena bersihkan bekas ikan tu, yang baunya macam kat pasar.
Masa dah besar-besar gini; si adik yang kecik-kecik nak bela hamster. Cute kata diorang. Heh, cuba test terbau hasil cecair mereka. Mahu menangis, oke. Tapi sebab yang si gadis-gadis cilik berjanji nak jaga elok-elok, parents saya setuju asalkan dibersihkan sehingga tiada apa-apa bau yang tidak menyenangkan. Ngeeeee....

Hamsters peliharaan kami; Romeo, Ronaldo, dan Rowena.

Last year, saya ada bela turtles, malangnya... hidup mereka tidak panjang. Sedih sangat-sangat. sila baca disini.

Kekura milik saya The Late Ian & Gabby :(

Sekarang ni, dah tak nak bela apa-apa kecuali cyberpets :) Next time akan diceritakan kisah lalu; kakak saya yang bawak balik kucing nak bersalin, tertakluk kepada kebenaran beliau.

2 comments: