Sunday, September 27, 2009

Wedding

25 September 2009 bersamaan hari Jumaat.

Cousin yang terapat masa zaman kecik2 dah jadi suami orang. 23 tahun.
Dulu kita main Jejak Rasul kat padang pasir depan umah Atok Kat Rembau.
Pastu, kita jalan2 raya sambil kutip duit raya.
Beli pistolkan? Sebab kita nak jadi polis sama-sama.
Bila ada lembu, siapa yang lari dulu, pastinya bukan I okay. Konon-konon I macho.
Kalau kitorang main kawen2, I jadi mangsa kena kawen dengan dia. Ngeee.. menyampah kena paksa.

"Apa ni,Bang? Kawen Cepat sangat" Cik Coach pernah bertanya.

"Sebab takut Cik S*** kena kebas orangla Dek Yan" Ces, berani dia panggil nama I yang sentimental tu. Dia sorang je kot panggil I Dek Yan. Dah macam durian okay.

I didnt attend his wedding sebab ada hal yang tak boleh nak elak. So, mama and ayah je yang pegi. Sebab semua orang keletihan balik dari Kuantan. Perjalanan from N9-kl-kuantan-kl-penang adalah sangat jauh. My sisters n brother pun surrender.

Cuma rasa terkilan sangat bila Ayah kata, his wedding yang paling simple. Lauk ikan, daging pun sejenis je. Sedihnya, nak merembes airmata, tapi sempat cover depan Ayah. Yang hairannya, my cousin ni nak buat reception jugak sedangkan duit tak cukup. Menikah dulu kan okay. Pastu dah dapat keje, buatlah reception pulak.Yang wajib didahulukan. Tak gitu? Itu cuma cadangan.

So, I called Abg..

"Tahniah! Lepas ni dah jadi suami, tak boleh nak nakal2. Sorry tak dapat datang." Ucap Dek Yan.

"Ha.. time kasih. Takpe.... Dek Yan bila lagi?"

Zapppp... Sentap lagi panas. Kalau makciks tanya, straight I jawab, "Hujung tahun.... Tapi tak tahu tahun bila." Bwahaha.. Mak Cik2 I dah sengih2, anak buahnya memang ligat memutar kata-kata supaya menjadi double meaning.

Cuma soalan yang satu ni. Alahai. Kenapa Abang tanya? Cepu Cemas...

Gagap-gagap menjawab. "Erk... lagi sepp..sepuluh tahun"

Laju je I jawab. 33 tahun baru nak jadi isteri? Pergh! Andartu. Andartu.

Tak kisahla.. Sekrang kena habiskan study dulu, pastu chambering, tak pun join gomen.
Beli kete.. yang murah2 dahlah, Amacam, Cik Z & Cik AM, jadi nak beli Vios?.. pastu beli rumah dan kalau ada rezeki lebih sikit.. kebun kat Hulu Langat ke.. Tanam Durian dan Petai!

No comments:

Post a Comment