Tuesday, January 2, 2024

2024

Alhamdulillah.

Syukur. 

2023 was much better! 

New year, new me!


Sunday, April 10, 2022

TAS & TAQ

 


"Mommy, I'm so happy and I love you Mommy" TAS ;)



Selesai

 


Entri ini sepatutnya pada 5 April 2022. Tapi aku dah terlambat sebab sibuk uruskan anak-anak, kerja dan menjalani ibadah puasa. Dah genap seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah, setakat ini, anak-anak pernah berpuasa penuh. Tapi sampai sakit, aku suruh diorang alternate hari. Yang penting diorang usaha kan.

5.4.2022, bapa kepada anak-anak aku ni bawa ibunya ke Mahkamah. Alhamdulillah, Tuan Hakim pasti boleh nampak, sememangnya, ada campur tangan pihak ketiga. Aku senyum. Lawyer aku senyum. Mula-mula kata bapa sakit. tapi boleh pula hadir kedua-duanya. Mungkin dah sihat.

Penghakiman persetujuan direkodkan untuk Mutaah, nafkah iddah, tunggakan nafkah isteri, hutang-piutang perkahwinan. Alhamdulillah, ikutkan aku tak dapat apa-apa, sebab settlement tu tak cukup pun. 

Lawyer suruh fight, aku kata aku tak nak. Sebab aku nak uruskan anak perempuan aku yang tinggal saki baki penglihatan dia. Sekarang makin teruk mencucuk mata. jadi banyak benda aku nak ajar anak perempuan aku ni. Bab rezeki mana nak cari duit hantar extra class,terapi, aku serah pada Allah.

Yang adik pulak, pandai sangat. Sekarang aku tengah cari tutor. Untuk ajar Darjah 1,2,3 kemudian subjek darjah 4,5, dan 6 untuk tempoh 3 bulan. Si Adik, macam enjin Ferrari tapi body Perodua Kancil. Tapi itulah, dia ada kelemahan juga, tulisan Ya Ampun. Sosial pun so-so.

Kawan-kawan lawyer, suruh settle luar. bukan sebab takde evidence, sebab diorang sayang aku. Taknak tengok aku sakit, anak-anak aku sakit. Nak aku bahagia. Clearly I need to pick my battle. 50% profit selepas tolak hutang Defendan. Berapalah sangat. Takpe, rezeki Allah swt yang bagi.

Sekarang ni kalau si Defendan, nak menipu, tak jujur, itu terpulang. Aku tak nampak. tapi Allah itu Maha Melihat. Jadi aku serah pada Allah. I need the money untuk anak-anak ini. Penjagaan harian anak-anak ini. Aku berkerja, aku jaga anak-anak ini, tanpa ada bantuan orang lain. Banyak sangat-sangat orang doakan aku dan anak-anak itu pun dah besar rahmat ;)


Monday, March 28, 2022

masak-masak


Our favourite, so far. 

"Mommy, kakak suka Mommy masak." 

Senyum-senyum Mak.

 

Monday, March 14, 2022

Selamat Hari Wanita

 Aku bagitahu anak-anak aku dua benda yang berbeza.

Pada anak lelaki, aku kata kau mesti hormat dan mesti ada empati pada perempuan.

Pada anak perempuan, aku kata, perempuan boleh buat apa dia nak buat. Khususnya ke jalan Allah.











Tuesday, August 31, 2021

Merdeka

Selamat Hari Kemerdekaan ke 64!

Merdeka itu bebas daripada penjahat penjajah.

Aman, tenang dan syukur 🥰





Monday, August 23, 2021

Penat

 Serius weh. Penat kerja, pdpr, kelas anak2. I need a rest. Semoga pengorbanan Mommy berbaloi.