Saturday, April 20, 2013

Pelajaran hari ini

Mula2 tak faham...

Kerana pulut, santan biasa.
Kerana mulut, badan binasa.


Thursday, April 18, 2013

macam-macam nak

Nak bercuti.

Well i still remember, Ayah akan bawak kami jalan2 setiap kali cuti sekolah. Oh I miss u Ayah.

Last time bercuti bulan 12 haritu di Penang, tidur sebelah Hotel Hard Rock for FREE. Courtesy of Hub's friend yg keje di bank negara. Ohoi, RM8 semalam untuk 3 bedrooms apartment. Of course kami tak bayar apa2. But we bought breakfast for them. Orang berbudi kita berbahasa.

Love beaches.

I like langkawi Taj Hotel, the private island. Hehe, honeymoon baby ;)

I love Krabi. MINUS the food.

I love Penang too.

Start saving now.

Jadikah Mei ini?

Wednesday, April 17, 2013

like like like

Fresh juices i.e. Orange, tembikai.

Guava.

Sambal ikan bilis mama :)

Thank you Along and BIL tolong hantarkan :)

Friday, April 12, 2013

How I Met Your Abi (Year 2)

(Entri ini sepatutnya dipost pada 26 Mac 2013. Namun disebabkan oleh hormon yang menjadi-jadi dan Ummi merajuk, Ummi simpan sebagai draft sahaja, hehe)

Assalammualaikum wbt,

Anakanda Thaqeef, apa khabar anakanada di 'alam' sana? Ummi yakin Atuk tolong jagakan sayang di sana. Hari ini (26 Mac 2013) genap usia perkahwinan Umi dan Abi yang ke 2 tahun. Cepat rasanya masa berlalu. Cepat juga Umi kehilangan seorang Ayah yang juga seorang wali yang menikahkan Ummi dan Abi. Lupa untuk Ummi beritahu, pada Disember 2012, beberapa hari sebelum pemergian Atuk, Atuk pernah bercerita dengan Auntie Fiza yang Atuk mimpi pernah bermain dengan seorang budak lelaki. Pastinya bukan Abang Faheem, sebab Atuk kenal perangai dan rupa Abang Faheem. Jauh di sudut hati Ummi berkata, mungkin anakanda yang muncul dalam mimpi Atuk.

Sayang, Ummi sebenarnya nak sambung cerita bagaimana perkenalan Abi dan Ummi. Tahun lepas, Ummi sempat post " How I Met Your Abi " sekarang ni Ummi nak cerita lagi.Tapi kali ini untuk musim yang kedua.

1998

Tahun 1998 merupakan tahun Ummi Dan Abi mengambil peperiksaan UPSR. Walaupun berlainan kelas, perkaitan Ummi dan Abi tetap ada. Masih ingat lagi Ummi ceritakan Abi juga seorang pustakawan? Ummi pun sama. Cuma Abi lebih berpangkat dan dilantik untuk menjadi Ketua Pustakawan. Setelah bertunang, baru Ummi tahu, Abi adalah Ketua Ummi. Siapa sangka, tahun 1998, Ummi kena 'patuh' pada Abi yang akhirnya menjadi suami Ummi. Kami masih ingat lagi, kami dipaksa rela untuk menjual akhbar DIDIK terbitan Berita Harian. Tapi Ummi malas nak menjual, maka Ummi paksa Atuk beli semua newspapers yang perlu dijual. Hehe. Kecil-kecil dah tahu macam mana nak jadi lawyer. (RM0.60 x 10 keping = RM6.00)



Anakanda,

Satu lagi yang anakanda perlu tahu pasal Abi ialah minat Abi tentang bola sepak.Ummi tak tahu yang Abi minat bola masa sekolah rendah lagi. Mula-mula minat Selangor, lepas tu tukar Manchester United.
(Errr, habis duit Ummi beli jersey untuk Abi setiap tahun) Nota kaki: Abi sila belanja Ummi pulak lepas ni.

Abi, di sebelah kanan cikgu. (Putih melepak walau disinari mentari,ehek :P)


Masa Umi mula-mula kenal Abi pun, Ummi tackle Abi tanya pasal bola. Hehe. Umi tak faham kenapa orang nak rebut bola yang satu tu. Hairan.

First year perkahwinan kami, Ummi cuba nak stay up teman Abi tengok bola. Masa law school dulu, Ummi selalu tidur pukul 3, lepas kahwin, Ummi akan tidur pukul 11.Abi still ada stamina untuk stay up sampai pukul 3 sebab nak tengok EPL. Tapi bila Abi dah over dose dengan bola, Umi ala-ala give up dan bagi komen seperti yang berikut...

"Apalah Ferguson ni, tak reti nak susun player"

Abi akan pandang Ummi dan ajuk balik...

"Ferguson tu, Ferguson ni.." Bla.. Bla.. Ummi dah tak dengar apa Abi nak bagi hujahan.

Kadang-kadang Ummi tengok jugak bola, bukan sebab nak ambil hati Abi, tapi nak tengok team yang lawan dengan Manchester United. Tapi paling horror kalau Ummi tersalah cakap dan dijadikan bahan gelak ketawa Abi untuk seketika.

"Er, kenapa judge tu tak nampak apa player tu buat"
(Ini adalah kesilapan yang tidak boleh control)

Okay, sepatutnya referee dan bukannya judge. Judge hanya di mahkamah.

Satu yang Ummi perasan, Sabtu bukan lagi masa untuk Ummi tengok TV. Remote dipegang oleh Abi yang sangat tak nak layan Ummi. Terpaksa cari hobi. If Ummi datang rumah Auntie Fiza di Setia Alam, boleh borak-borak sister talklah kononnya. All the boys, Abi, Uncle Indra, and Bapak sangat kipas-susah-mati Man U akan tengok bola kat living room. Abang Faheem adalah next in line untuk join mereka. Ummi yakin, Abi akan train anakanda jadi supporter Man U.

2011

Tahun yang menggembirakan buat Abi dan Ummi. Berkahwin dan honeymoon satu Malaysia i.e: PD, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka,Langkawi, Kedah, Kuantan, Pahang, Johor Baharu, Johor (hampir-hampir nak ke Singapore).

My career was not so good at that time. Mencabar jadi pelatih dalam kamar di firm yang tak best. doing General litigation, bukan boleh assist lawyer sangat pun. paling-paling pun buat JID. Tapi Atuk selalu pesan untuk bersyukur dengan apa yang kita ada.

Julai 2011 Ummi dipanggil untuk peperiksaan PTD. Okay, yang ini Ummi kurang berjaya kerana seksyen Matematik. Takde calculator. Macam mana nak kira? Ummi pun salah jugak sebab bila nak buat latihan math, Ummi hafal jalan kerja yang Abi buatkan. Hehe. Of course lah tak berjaya.

Dapat pulak interview penguatkuasa Kastam, lagilah Ummi tak pergi sebab gerenti ada kawad-mawad. Kiri, Kiri kanan kiri. Tak mahu!

Kami pindah di Damansara Perdana. Seronok! Seronok sebab masa nilah Ummi dan Abi get to know each other dengan privacynya. Maklumlah, bercinta lepas kahwin. Tengok wayang, shopping, kebanyakkannya shopping tetingkap ajelah. Hehe.

2012

Bermulanya episod kesedihan kami. Apabila anakanda berpindah ke 'alam' sana. Ummi kuat sebab orang disekeliling Ummi banyak bagi sokongan. Ummi dan Abi buat keputusan untuk pindah ke rumah Wan dan Atuk di Tasik Permai.

Sedih, tapi Ummi cuba bina kekuatan untuk start hidup semula. New career. Bukan sebagai peguam, sebab Ummi serik berkerja di firma guaman. Client asyik call untuk minta cepatkan proses jual beli rumah, yang kadang-kadang susah nak bagi mereka ni faham prosedur dan sebagainya.

MNC company call for interview, tapi takde rezeki, walaupun sebenarnya memang dah final stage untuk Ummi terima offer. Again, Allah SWT sahaja yang tahu. Ummi dapat rezeki berkerja di Putrajaya. Harapan Atuk sebenarnya. Nak tengok Ummi kerja dengan jabatan kerajaan sebab secure. Atuk selalu cakap dengan puteri-puterinya seramai 4 orang ini..

"Kalau anak Ayah ramai lelaki, Ayah akan suruh kerja private untuk career path yang lebih maju, tapi anak-anak ayah ramai perempuan, Ayah kalau boleh nak anak-anak perempuan Ayah kerja dengan government, senang sebab ada pencen"

Atuk berfikiran jauh. Alhamdulillah, setakat ini, hanya Uncle Ajib dan Abi sahaja yang berkerja dengan private sector.

November 2012, kami pindah ke Kota Damansara. Rumah yang Abi belikan untuk Ummi tinggal. Rumah Ummi, Ummi belum beli lagi. InsyaAllah, kalau ada rezeki :)

Disember 2012, Ummi dan Abi dijemput menghadiri Majlis perkahwinan Uncle Hamid di Jitra.(Oh, Uncle Hamid adalah salah seorang kawan Abi semasa sama-sama belajar di kolej dulu, dan Uncle Hamid dah jemput Abi untuk jadi one of his best(men), ramai okay bestmen, dalam 10 orang, bukan seorang. Menariknya, Abi dan Umi dijemput untuk makan bersama pengantin di meja beradap. Bertuah tapi dalam masa yang sama kami malu sebenarnya. Hehe.

Penghujung tahun 2012, selepas raya, kesihatan Atuk semakin merosot. Kami semua bimbang. Cuti Ummi dihabiskan untuk menemani Atuk. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Ummi dah bersedia dari segi fizikal dan secara mentalnya Ummi tak pasti.

2013

10 Januari 2013, Ummi kehilangan Atuk. Sedih. Tapi Ummi bersyukur sebab Ummi dah cuba untuk jadi anak yang menbanggakan Ayahnya. Walaupun bukanlah yang terbaik, tapi Ummi tahu, Atuk seronok sebab Abi ada untuk menjaga Ummi.

Abang,Terima kasih sebab...menjadi imam untuk makmumnya,menjadi ustaz untuk menegur bacaan (tajwid) anak didiknya,menjadi pemberi nafkah untuk isterinya,menjadi anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya,menjadi menantu yang baik untuk mertuanya,menjadi pengajar syahadah sewaktu my Ayah menanti sakaratul mautnya,menjadi imam ketika solat jenazah Ayah mertuanya,menjadi penyabar kerenah isterinya,menjadi pendengar yang setia,menjadi pelindung yang hensem, hehemenjadi kekasih hati saya, danmenjadi bapa kepada anak-anak kita :)I love you dunia dan akhirat. 
T & R 2013