Monday, February 25, 2013

Rules




We have this rules,
He will masak nasi.
I will masak lauk.

But this is not applicable if;
I have meeting dan balik lambat.

So, the husband masak...

Lauk jugak.

Err. Telur dadar dan ayam masak... Paprik? Thehee.

Ayam masak kuah sambal by chef T.

Tq Chef ;)

Saturday, February 9, 2013

Ilmu

Sambung belajar...

Green light dah dapat.

There goes my Sabtu-day for this upcoming March.

Doakan2 :)

Wednesday, February 6, 2013

Speechless

Isteri mengaji.

Suami tegur tajwid/bacaan.

Istiqamah kata dia.

Diri terharu.

Terus terdiam.

Dipuji bacaan lebih baik dari semalam.

Monday, February 4, 2013

Numbers

5.5 in two week(s)

Another

(less) 11 to go in 4 week(s)

and another (less) 10 in 9 weeks ;)


Love Nest Part II


This is our current curtain. Simple, tak kena sangat tema sebab percuma dari Mama ( and Along)
(saja gelapkan rumah, hehe)

So, me and Encik Suami telah meng'survey' kain langsir untuk dijahit.

Kriteria daripada Encik Suami ialah; 
  1. Kain yang tak-lut-cahaya supaya senang untuk dia layan bola.
  2. Murah (penjimat hokayy, haha sebab dia yang kena keluar duit)
  3. Colour kena dengan tema modern kami.

Yang kelabu ni cantik, tapi ada colour hijau pulak :(

RM10. Haha :) Rambang mata.

Calon curtain master bedroom :)

Calon-calonnya ialah... jeng jeng jeng

Macam corak IKEA, but way cheaper than IKEA

Yang kelabu tu memang tak lut cahaya.
Tapi mahal sikit.

But I bought this table cloth for RM15 sahaja. for 1.8 meters kain.

Tersenyum sorang-sorang.

Now I know why women love shopping and designing rumah chantek2.
Ini buktinya; my sister is soooo crazy when it comes to design-mendesign

Man vs Woman

Man
VS
Woman
Channel  831 Astro ASSP  HD
Channel  727 Astro Food Network
Football; Manchester United
Apa saja kecuali bola; shopping
Duty: Masak Nasi, Basuh pinggan
Chores: Sidai baju = lipat baju
Duty: Masak lauk, lap meja, organize dapur
Chores: Basuh baju = lipat baju
Imam
Maths Lover
123456
Makmum
History Buff
ABCDEF
Driver/Decision Maker
Penjimat (kedekut)
Chef/ Manager
Pemurah (boros)
Accountant
Multi National Company (MNC)
Lawyer
Government Sector
Overseas Grad
Rasional
Listener
Orange
7 September
Seafood
Som Tam
Husband
Local Grad ;)
Emosional
Talker
Red / Black
12 November
Meat i.e lamb
Sambal Belacan
Wife




differences  3rd person singular present, plural of dif·fer·ence(Noun)

Noun

  1. A point or way in which people or things are not the same.
  2. The state or condition of being dissimilar or unlike.
 
We are NOT the same.

P/s: I love you.

Haha Jiwang.

Sunday, February 3, 2013

Bazaar 1001 Macam



Conventional but practical.
Less risk, less worry.

Bazaar 1001 Seribu Satu macam di Ofis.

Ambil kesempatan orang dapat gaji, dan boleh membeli.

Kami satu batch buat keputusan nak jual barang2 second hand.

Kedai kami satu batch.

Saya jual novel2 lama, yang memang dah tak baca. Beli masa zaman-zaman anak dara.

Lagipun nak kurangkan bawa barang di rumah baru.

Hehe.

Jangan pandang rendah, our booth jual LV original.

Tempting nak LV.

Nasib baik fikir dua 3 kali, kalau ikut nafsu, nak LV.



Tapi kena makan pasir sebulan. Gula pasir mungkin. Heuheu

(Sekarang dah boleh delete gambar ni dalam HP)

Amanah Saham Oksigen







Mungkin lebih tepat bukan berkebun tapi berpasu.
Hehe. Rumah kami takde tanah.
Tapi itu bukan alasan tak ada hobi.

Hobi berkebun saya dah lama ada.
Kalau boleh nak tanam durian dan pokok petai.
Berangan.
Nasib baik percuma.

Tanam rosemary dan mint.
Modal RM10.
Murah. Hehe.
Siram 2 kali sehari.
Suka.

Amanah Saham Oksigen ;)

Saturday, February 2, 2013

Berlalu




Cepatnya masa berlalu.
Rasanya baru semalam tahun 2012.
Buat saya tersedar, kita makin tua. Masa semakin cepat meninggalkan kita.

27 tahun.

10 tahun dahulu; 17 tahun masih di sekolah. Tahun 2003 mahu ambil SPM. Masih lagi macam kanak-kanak. Berborak dengan kawan, tengok wayang dsb. Tak kisah isu nak cari rezeki untuk keluarga, bayar komitmen.

Saya bertanya pada MIL last week.

" Mi, masa dulu-dulu, mi rasa cepat tak masa berlalu?"

Sebab selalu wonder, sekejap je dah hari Jumaat, dan sekejap juga dah hari Isnin.

Masa bersekolah rendah dulu, terasa masa sangat lambat nak hari Jumaat. Sekarang sekejap sangat.

Balas MIL,

"Mi pun rasa cepat."

MIL pendakwah bebas, selalu sahaja saya merujuk hal berkaitan agama pada beliau. Alhamdulillah, betapa saya bersyukur dikurniakan ibu bapa mertua yang ada pengetahuan agama.

Tahun ini, semakin tak percaya dah 27 tahun. Finally, saya ada satu uban. Orang kata sebab banyak berfikir. Haha. Yelah kot. Kena banyak membaca untuk tuntutan kerja.

Again, kami bertuah ada keluarga yang bagus2. BIL ada PHd, satu keluarga menjaga agama. Solat jaga, jemaah di masjid, aurat dititik beratkan.

Kalau kita kejar duit, duit akan lari.
Kalau kita kejar pangkat, pangkat akan menjatuhkan kita.

Lebih elok berjalan mencari duit, berkejar mencari akhirat.
Kalau ada pangkat, Allah swt perlu diingat.


8 hours in the office. Left: Hub's Office (Bandar Utama), Right: My office (Putrajaya)

Friday, February 1, 2013

Love Nest

2 Bulan duduk rumah sendiri, baru nak post blog.
Bwahaha. Lama bukan? Nak jadi pekasam dah...

Pre-design: Love Nest

Okay, pindah rumah tak murah.
Legal fees pun tak murah.
Stamp duty pun tak murah.
+/ - RM10k.

:(

Kesian orang macam kami nak beli rumah, bayar stamp duty dsb.

Keputusannya:

Adopt amalan berjimat cermat.

No renovation.

Semua dah siap ada; grill, kitchen cabinet, barang-barang elektrik kami dapat masa hadiah kahwin dulu. Pakai semua yang ada; oven, kettle, pinggan mangkuk, cadar,tea set and etc.

Cara-cara berjimat cermat untuk rumah:
  1. Cat sendiri. (Panggil askar2 yang ada untuk tolong cat dan belanja dorang makan)
  2. Repair sendiri. Aisey, ini mencabar sikit. Mana yang boleh repair sendiri, buat terus. Beli dari kedai DIY.
  3. Panggil handymen MIL. Hehe. Ini lagi jimat. Siap pasang lampu.


Pilih colour yang betul 'sejuk'.

DIY store :)

Mencari idea-idea

Yeay, tema moden ;)

Cerita ditangguhkan...