Saturday, May 12, 2012

Sebulan

Assalammualaikum sayang,

Umi rindukan sayang. Umi sibuk kebelakangan ni; bangun pagi pukul 5.15 pagi, keluar rumah pukul 6.15 pagi dan Abi akan hantar ke ERL Bandar Tasik Selatan. Pukul 7 Umi akan sampai di Putrajaya Sentral. Naik Bas No. 601 dan terus ke ofis Umi. Selalunya Umi akan sampai pukul 7.50 di rumah Wan. Letih, tapi takpe, Umi sanggup berkorban untuk mencari rezeki untuk keluarga kita. Umi nak sayang tahu, umi tak pernah lupakan sayang. Bila Umi di ofis, Umi terjumpa staff yang pregnant, Umi sorok2 pandang perut mereka. Masih teringat lagi anak Umi dalam perut Umi ni. Umi tak boleh nak berpura-pura Umi okay. Mungkin masa akan ubati kesedihan Umi.

Bersyukur. Banyak kali Abi pesan. Allah SWT ambil sayang daripada Umi dan Abi, sebab Allah SWT nak uji kami. Alhamdulillah, Allah SWT gantikan pemergian sayang dengan pelbagai nikmat. Bayangkan Umi pergi interview disaat Umi masih lagi berpantang dan memakai barut. Memang tak mudah bila Umi berhadapan dengan pengurusan atasan Jabatan Peguam Negara. Berhadapan dengan Tan Sri, Datuk- Datuk, Pendaftar Mahkamah dan sebagainya. Umi bertuah sebab Abi sanggup cuti untuk menghantar ke Putrajaya dan memberi sokongan. Alhamdulillah, semuanya berbaloi. Umi berjaya melepasi soalan yang hampir "membunuh" hampir semua calon-calon yang ditemuduga. Terima kasih, Allah :)

Sayang, Umi nak bagitahu something ni, Auntie Iqa dapat sekolah SBP. Sekolah Menegah Sains Seri Puteri. Auntie Iqa seronok sangat. Hari ni Umi dan Abi bercadang nak tengok Auntie Iqa :) 


Okay, sayang. Umi nak log off. ILY





Tuesday, May 1, 2012

Suprise

Jeng jeng jeng