Wednesday, September 30, 2009

Its good to be a Mak Cik

Lady Louis Vuitton (LV) *suara excited* : Assalammualaikum. Beb, tidur ke?

Cik Coach :Wsalam.Baru nak terlelap.Buat assignment semalam. Lame tak dengar cite?

Lady LV: Busy and tengah lunch kat Alamanda. U know what, my boss is our sedara jauh.

Cik Coach *tengah mamai lagi*: Ooo. Ingatkan dah taw baby girl ke boy. Ces, penat je excited.

Lady LV: Hehehe. Esok check up.Ko rasa boy ke girl?

Cik Coach: Boy kot. Tapi harap-haraplah girl. Anyway, tak kisah, dapat anak buah pun dah kira sangat bagus. Yang penting baby sihat.

Lady LV: Tak sabar nak dress upkan baby ke?

Cik Coach: Macam taw-taw je.

Lady LV: Haha.. Ko memang...

*end*

Persiapan untuk jadi Mak Cik:

  1. Tahan telinga bila orang mengandung merajuk-rajuk. Sensitifnya...
  2. Bersiap sedia food craving Lady LV e.g Nasi Lemak Greenwood, Nasi goreng mama dan sebagainya.
  3. Belikan buku Twilight series untuk si ibu masa pantang. (Macam yang dah dipesankan?)
  4. Praktis dukung newborn babies. Susah nak cari ni, sape ade baby, pinjam kejap.
  5. Belikan baju comel seperti romper, shirt and baby stilettos (Seperti mummy LV yang ada gudang kasut ittew, hehe)
Sebab Mak Cik si baby cute juga. (Perasan tapi tak salah jadi positif.. statement bela diri) Bwahaha

Baby Stilettos

Yang paling penting... lepas ni Cik Coach jadi the nanny kat rumah bila Lady LV and Mr. IS kuar jalan & dating. Caj RM 50 sejam. Tak boleh diskaun. Sebab nak simpan duit :)

Hujah Balas kepada Cik Z

Saya ada kawan.
Nama dia Cik Z.
Dia kawan baik Cik Coach.
Dia baik hati.
Tapi dia nakal juga kadang kala.


Suatu hari dia bagi Cik Coach baca artikel ini...

"Aku tau aku x mgkin memilikinya
Aku tau jugak.....telalu jauh utk aku dapatkanya.....

Aku x faham kenapa aku masih mengingati dia..... walau terlalu banyak dia melukai hati aku......
Aku masih lagi mgharap….....

Aku sedar terlalu byk halangan utk aku bersama dia.....
Aku amat merinduinya.....
Ingin aku hidup bersama dia.....

Walau aku x pernah melihat dia di depanku…...
Aku pun x faham kenapa aku jadi begini.....
Dah lama Aku mendambakan seorang lelaki seperti dia.....
Bukan kerana apa yg dia ada tapi kerana entah dari mana aku dapat rasakan lelaki seperti dia mampu mendidikku… aku terlalu byk kelemahan & aku perlukan lelaki seperti dia utk membimbingku
Tapi apakan daya aku sedar siapa aku..aku gadis yg tiada apa2…......

Siapalah aku utk lelaki sehebat dia.. tiap lelaki yg baik utk wanita yg baik..... & aku hanyalah gadis biasa......

Dan aku sedar, mungkin pada dia aku Cuma spt dari kawan2 yg lain.... aku tidak tahu siapakah wanita di hatinya.....alangkah indah jika akulah wanita itu....
Tapi aku benar2 faham,.... Tidak mungkin aku.... layanan dia yg sesuka hati saja pada aku cukup jelas mgambarkan semuanya.....
Tapi aku masih x faham kenapa aku masih lagi merindui dia walau aku tahu smua itu…
Hati & perasaan ini bukan aku yg merancang…....


Ingin aku hidup bersama dia...... tapi jauh dalam hati aku sedar sgt aku ini Cuma siapa…...
Sejauh mana aku sygkan dia aku juga sedar sukar utk aku bersamanya…

Kerana antara lainya aku juga tidak sanggup kecewakan dia yg amat mcintai aku sepenuh hati..kerana aku faham btapa perit bila kita xmampu bersama dgn org yg kita cintai... ..telah dia lakukan semuanya utk aku… pengorbanan yg mungkin x akan ada lelaki lain sanggup berbuat demikian utk aku.. dia tidak ada kekurangan,, tapi sgt tidak adil utk dia kerana aku tidak mampu berikan hati aku spenuhnya pada dia.. sungguh kejam aku ini... ...tapi aku xmampu paksa hati & perasaanku.... namun aku akan cuba memupuk & membina rasa cintaku pada dia..maafkan aku jika hati aku ini kejam..


Utk dia yg amat aku rindui.. aku Cuma mampu mencintai kamu dari jauh,,, & mungkin perasaan ini akan terus terpendam selamanya....aku doakan kau akan menjadi seperti mana yg kau impikan 1 hari nanti dan aku Cuma akan melihat dirimu dari jauh saat itu…

Aku x minta dia mencintai aku…tapi cukuplaa tlg hilangkan rinduku pada dia....& tlg laa jgn siksa perasaanku dgn gurauan yg amat memilukan itu....
Inilah citra cintaku sebenarnya....."
Dan akhirnya Cik Coach berkata...

"Oit, ko jahat. Tiba-tiba buat aku menangis. Takde kena mengena pun dgn kisah aku. Ko yang rasa, aku yang nangis lebih-lebih"

Cik Z sengih-sengih.

Tak pasal2 aku terleleh sekejap.
Air mata Cik Coach takde diskaun.
Air mata free untuk artikel Cik Z tadi.

Cik Coachkan chic-onomics (bijak berbelanja... hahaha.. tak boleh blah)

"Nah.. Ambillah lagu ini untukmu sebagai hujah dan tangisan balas, turn ko pulak nangis, pastu jgn lupa belikan aku tisu."

Kalo nak extra banjir, jangan lupa tengok Movie The Bodyguard . Gerenti sukses.

Whitney Houston - I Have Nothing [Youtube]

Share my life, take me for what I am
Coz I’ll never change all my colors for you
Take my love, I’ll never ask for too much
Just all that you are and everything that you do

I don’t really need to look very much further
I don’t want to have to go where you don’t follow
I won’t hold it back again, this passion inside
Can’t run from myself
There’s nowhere to hide

Well,don’t make me close one more door
I don’t wanna hurt anymore
Stay in my arms if you dare
Or must I imagine you there
Don’t walk away from me…
I have nothing, nothing, nothing
If I don’t have you, you, you, you, you, you…

You see through, right to the heart of me
You break down my walls with the strength of your love mmmmm…
I never knew love like I’ve known it with you
Will a memory survive, one I can hold on to

I don’t really need to look very much further
I don’t want to have to go where you don’t follow
I won’t hold it back again, this passion inside

I Can’t run from myself
There’s nowhere to hide
Your love I’ll remember, forever

Don’t make me close one more door
I don’t wanna hurt anymore
Stay in my arms if you dare
Or must I imagine you there
Don’t walk away from me…
I have nothing, nothing, nothing…

Well,don’t make me close one more door
I don’t wanna hurt anymore
Stay in my arms if you dare
Or must I imagine you there
Don’t walk away from me no…
Don’t walk away from me
Don’t you dare walk away from me
I have nothing, nothing, nothing
If I don’t have you, you
ooohhh,ooooh
if i don’t have you

Lepas ni, bagitahu berapa gelen Cik Z habis air mata, okay?

Cik Coach sengih-sengih lagi sambil angkat kening double jerk :P

P/s: Yang dibold, kena nyanyi2 dengan penuh syahdu ye..

Tuesday, September 29, 2009

Bye bye sayangku


Illustrasi: Ian & Gabby


Dear Ian & Gabby
,

Sorry sebab
Mummy tak jaga dengan baik.
Sedih sangat.
Maaf ye.
Patutlah diam je ninja-ninja ni.
Selalu aktif sampai nak dibawa jalan-jalan.

No more pets for now. :(

Yang ikhlas,
Mummy Coach.

Monday, September 28, 2009

Kembar

Ekspresi muka Cik Coach: Serious.

Tajuk perbualan: Politik Baru kampus.

Tempat: Luar kelas, area tempat duduk student2 online.

Perbincangan hangat pasal politik kampus dengan seorang junior semakin hangat dan I
sambil mengangguk-angguk dan berbincang...

Tiba-tiba ternampak seorang freshie yang lalu depan Cik Coach.

Pergh! Malu...

Baju kurung kitorang same. Sebiji dan tiada yang tak sama.Hitam putih dan tudung pun hitam jugak.
Memang kitorang kena pakai black & white setiap Isnin.Tapi takdelah boria.Teringat zaman asrama.

Hampeh.

Freshie tu boleh senyum-senyum.

Cik Coach 'alamak.. malunya. Takde kain baju kurung lain ke Dik?' mengomel dalam hati.

Haha.. hakikatnya malu tapi kelakarlah pulak.
Nasib baik ada black cardigan. Terus sarung.
Ingatkan nak pakai mask H1N1, tapi takde dalam handbag.
Apalah nasib.
Bwahaha...

Sebenarnya, kain baju kurung tu lembut dan sangat ringan materialnya.
Juga senang kering jika dicuci.

Tindakan yang perlu diambil: Jangan pakai lagi baju itu dan pakai Kemeja ropol-ropol putih,slack dan blazer hitam bersama2 shawl dan jgn lupa mask in case kalau ada orang yang pakai sama jugak.

Kata-kata best

"Apa yang penting bagi seorang perempuan adalah ilmu yang dimilikinya, bukan masa silam, bukan juga sesiapa. Ilmu itu ada untuk diri dihormati, untuk tidak dipijak maruah sesuka hati" - Liazatia.

Brilliant! Bagus si gadis ini sebab dia pun hadapi cabaran yang boleh tahan sama dengan Cik Coach. Semoga tabah :)

Sunday, September 27, 2009

Ngeri

Tersebutlah kisah...

Flight delayed.

Bersapau tunggu kat KLIA. So pengajarannya naik kat LCCT lebih baik.

Anyway, masa sampai, boleh pulak takde sorang pun yang same lokasi denganku.

Sabar.

Then, I pergilah bayar harga cab tu. Sampai campus RM 60 ye... Kopak lagi.

Tiba-tiba uncle driver cab kesayangan tak on duty. Yelah, kami rapat sebab for a few times pak cik ni hantar I balik dan kami borak-borak pasal isu semasa. This uncle is a cikgu, part time bawak teksi. Mcm2 info dia bagitahu. Tima kasih pak cik.

So, nak tak nak kena juga naik taxi orang lain.

Nak dijadikan cerita.. Bila sampai kat Pekan Koboi, tiba-tiba uncle ala-ala Rajnikand belok kanan.. Sumpah, tak pernah I lalu jalan itu. Dah tiga tahun, tak pernah sorang pun member2 ajak jalan gelap tuh.

Pucat.

Sambil telan liur.

Apa nak buat ni. Takutnya.

So, I called Ayah.. Pura-pura cakap dalam hp. Padahal takut nak call Ayah dan tak nak ayah risau, because earlier dah sms plat number cab and etc.

Terbayang macam-macam yang dalam novel yang pernah I baca.

Tips jika berlaku keadaan mengerikan seperti ini. Silalah cari:

  1. DNA. Dapatkan DNA sebagai contoh, cakar badan si pemangsa. [Tapi tadi sebelum balik, aku dah potong kuku pagi tadi, so next]
  2. Call orang terdekat.
  3. Ambil apa senjata seperti pepper spray, pisau lipat dan sebagainya.
  4. Menjerit mintak tolong.
  5. Terjun je dari teksi.
Ya Allah!

Takut sangat tadi.
Antara pengalaman terngeri dalam hidup.
Minta dijauhkan dan Alhamdulillah..
Takde pape sebab I konon2 call my Ayah and dah get ready untuk call Atok sedara kat nearby pekan Koboi tu.

Terima Kasih,
Allah S.W.T sayangkan hambanya ini.

Lain kali balik pagi-pagi.

Wedding

25 September 2009 bersamaan hari Jumaat.

Cousin yang terapat masa zaman kecik2 dah jadi suami orang. 23 tahun.
Dulu kita main Jejak Rasul kat padang pasir depan umah Atok Kat Rembau.
Pastu, kita jalan2 raya sambil kutip duit raya.
Beli pistolkan? Sebab kita nak jadi polis sama-sama.
Bila ada lembu, siapa yang lari dulu, pastinya bukan I okay. Konon-konon I macho.
Kalau kitorang main kawen2, I jadi mangsa kena kawen dengan dia. Ngeee.. menyampah kena paksa.

"Apa ni,Bang? Kawen Cepat sangat" Cik Coach pernah bertanya.

"Sebab takut Cik S*** kena kebas orangla Dek Yan" Ces, berani dia panggil nama I yang sentimental tu. Dia sorang je kot panggil I Dek Yan. Dah macam durian okay.

I didnt attend his wedding sebab ada hal yang tak boleh nak elak. So, mama and ayah je yang pegi. Sebab semua orang keletihan balik dari Kuantan. Perjalanan from N9-kl-kuantan-kl-penang adalah sangat jauh. My sisters n brother pun surrender.

Cuma rasa terkilan sangat bila Ayah kata, his wedding yang paling simple. Lauk ikan, daging pun sejenis je. Sedihnya, nak merembes airmata, tapi sempat cover depan Ayah. Yang hairannya, my cousin ni nak buat reception jugak sedangkan duit tak cukup. Menikah dulu kan okay. Pastu dah dapat keje, buatlah reception pulak.Yang wajib didahulukan. Tak gitu? Itu cuma cadangan.

So, I called Abg..

"Tahniah! Lepas ni dah jadi suami, tak boleh nak nakal2. Sorry tak dapat datang." Ucap Dek Yan.

"Ha.. time kasih. Takpe.... Dek Yan bila lagi?"

Zapppp... Sentap lagi panas. Kalau makciks tanya, straight I jawab, "Hujung tahun.... Tapi tak tahu tahun bila." Bwahaha.. Mak Cik2 I dah sengih2, anak buahnya memang ligat memutar kata-kata supaya menjadi double meaning.

Cuma soalan yang satu ni. Alahai. Kenapa Abang tanya? Cepu Cemas...

Gagap-gagap menjawab. "Erk... lagi sepp..sepuluh tahun"

Laju je I jawab. 33 tahun baru nak jadi isteri? Pergh! Andartu. Andartu.

Tak kisahla.. Sekrang kena habiskan study dulu, pastu chambering, tak pun join gomen.
Beli kete.. yang murah2 dahlah, Amacam, Cik Z & Cik AM, jadi nak beli Vios?.. pastu beli rumah dan kalau ada rezeki lebih sikit.. kebun kat Hulu Langat ke.. Tanam Durian dan Petai!

Valextra Namaste Hobo Bag


Merah tak saya?

Saya jatuh cinta dengan Valextra Namaste Hobo Bag.

Merah dan ianya HOBO bag.

Hobo bag ialah sejenis tas tangan atau purse yang selalunya bersaiz besar dan materialnya lembut dan flexible.Ada juga yang
slouchy posture and long strap designed to wear over the shoulder. (Boleh muat macam2 perkakasan wanita seperti make up, hp2, contact lense solution, yang dah jadi mummy, pampers baby pun muat).

Cuma yang peliknya Velextra bags takde logo. Pelikkan? So, Valextra adalah antonim kepada LV.

Advantage Valextra: Ianya takkan rosak bila dihempas2 oleh kanak-kanak, dan jika dimasuk dalam suit case pun selamat.

Terima kasih Valextra Namaste. Cuma harganya... $1,680.

Murah ke mahal?


Cik Coach: Murah... *Sambil lutut menggigil-gigil*

Saturday, September 26, 2009

Tips untuk diet

Bulan Ramadhan rata-rata berjaya kuruskan badan beberapa kilo.
Cuma bila Hari Raya, berkilo-kilo yang hilang datang balik dengan tersengih-sengih.
Mari berdiet ye. :)


Jadi, Cik Coach nak bagi tips untuk diet tanpa berlapar.

1. 30 minit sebelum nak makan minum dulu air kosong bergelen2. So, takdelah lapar sangat nak melahap. Tapi cuma tips ni kena get ready nak ke toilet pula ye. Whatever in will go out kan?

2. Avoid karbohidrat including nasi, roti, gandum n bla..bla.. Makan lauk jer pun okay. Tapi make sure reward diri korang dengan nasi once a week. i have a friend yang makan lauk jer. Mak aihh kurus kot. Tinggal 45 kg je. Melayang bila i bersin okay.

3. Kurangkan kaffein especially coffee. Alamak, yang ini Cik Coach kena pergi rehab, sebab sehari saya sendiri minum 2 kali. Ngeee....Ngee....


4. Bersenam 2 kali seminggu. Buatlah apa2 yang patut. Round-round kolej sambil bersembang and etc.

5. Ajak skali kwn2 yang nak diet. Sama-sama boleh bagi sokongan moral yang mantap.

6. Jgn lupa ambil supplement yang ada multivitamins sebab bila diet, ada je kekurangan sesuatu.

Untuk tujuan motivasi...

1. Beli baju yg kecik sikit saiznya e.g: kalau dulu pakai M, belilah saiz S. Letak baju bergantung tu dalam bilik dan
pandang selalu.

2. PRINT atau tulis perkataan seperti "Saya kurus dan cantik".. Ikut secukup rasa koranglah.

3. Jgn lupa print out atau ambil mana2 gambar selebriti yang anda idamkan. Seperti dibawah:



"SELAMAT BERDIET UNTUK SAYA DAN ANDA SEMUA "

Cinta dalam hati


Sedap ke lagu ni? Entahlah... ramai je click kat Youtube.
Tiba-tiba nangis. Cik Coach, sudahlah.
Gila hopeless romantic.


Cinta dalam Hati by Ungu

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

reff:
ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap aku
memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan se
rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan lamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

Happy Birthday!

Dear ASBinJ,

Selamat Hari Jadi!

Dah tua dan yang paling seronok, kita sebaya. Amacam?Legally, I'm still 22, ye. Selagi tak my birthday , kita tetap seusia. (Perasan muda kot)


Terima kasih sebab time diri ini 'sakit', andalah sahabat yang bawak diri ini ke Pusat Kesihatan.

Terima kasih sebab tolong macam2, sampai dah habis jari kaki mengira.

Terima kasih sebab jadi BFF yang baik dan memahami walaupun kadang2 member2 aku syak yang ko ni Boi Pren aku . Iskk.. Kita kawan sampai bila2kan?

We can talk about anything especially about love, studies, politics, and etc. Tapi bila pasal bola, aku terus off ye. Wisel, time out, kad kuning, kad merah... ngeee...Tak faham aku.

Seronok sangat dapat kawan baik mcm ni.


Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan semua yang positif2lah. :)

Tak tau nak belikan apa.

Tapi bg hadiah jadi ayah angkat untuk my kura2 (Ian & Gabby) boleh ?

Happy Birthday! Nanti kita celebrate your birthday dengan semua scandals ko 1Malaysia ye.

Ko nak kek Man U ke? Nanti aku beli yer, oven aku terbakar.Lain le kalo ko nak repairkan. Bwhaha :P





Behlog ke BLAWgs


Saya suka tas tangan.

Juga suka behlogs.

Ini behlog saya yang keempat. Crazy bukan?

Jadi, kawan2, saya adalah Cik Coach bukan Cockroach yang suka suki tukar blog.

Saya sayang awak

Terjumpa poem ni.

Oppss. I lied. Bwahaha :P


Saya sayang awak.
Tapi itu dulu sebab awak kata awak ikhlas.
Sekejap, betul ke awak ikhlas?
Tiap kali saya pandang mata awak, awak macam nak lari.
Ikhlas ke tu?

Saya sayang awak.
Tapi itu dulu sebab awak kata awak sayang saya.
Saya diam.
Saya takut awak akan tinggalkan saya.
Saya tak sanggup ucap saya sayang awak jugak.
Bila awak kata "I love you",
saya jawab " Me too" dan saya mengeluh dalam hati.
Yang pasti, saya fobia.

Saya sayang awak.
Tapi itu dulu sebab awak pilih saya dari dia.
Saya diam lagi.
Bila saya ingat balik awak pilih dia dulu, baru sayakan?
Sebab saya belum habis belajar.
Saya takde pekerjaan yang glamour.
Awak malu ke dengan saya?

Saya sayang awak.
Tapi hati saya ragu-ragu bila awak datang balik.
Awak kata awak sayang saya.
Saya hairan.
Kenapa ye?

Saya sayang awak.
Saya sayang awak sebab hormati pendirian saya.
Saya kata jangan sentuh saya.
Awak turuti kata saya.
Pegang tangan saya pun awak tak berani.
Saya sayang awak sebab awak tak sentuh saya
dan sebab saya belum halal untuk awak.
Saya sayang awak sangat.

Saya sayang awak.
Saya tanya sekali lagi,
Betul ke awak sayang saya?
Sedangkan awak berdiam diri bila saya diserang.
Saya tak kenal pun mereka,
Adilke saya yang kena?

Saya sayang awak.
Sayang.
Tapi sayang saya tak bererti memiliki.
Biarlah saya pujuk hati saya.

Nanti dulu,
sayang itu apa ye?